Archive for 7 Mac 2013


 

Tarikh : 5 – 14 Mac 2013

Tempat : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Peperiksaan bagi semester 2 dan 4 berjalan serentak di maahad tahfiz seluruh negara. Foto-foto di bawah dirakam ketika peperiksaan bagi kertas al-Quran Hifzi Tahriri sedang berjalan. Doakan semua calon-calon peperiksaan diberikan kejayaan yang cemerlang.

Sem2 (1) Sem2 (2) Sem2 (3) Sem2 (4) Sem2 (5) Sem2 (6)

masjid durian tunjung1

Sumber : http://www.islam.gov.my/majlis-penyerahan-masjid-kg-durian-tunjung-wp-labuan

Rancang dan laksanakan pelbagai aktiviti serta manfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk mengimarahkan masjid ini kepada penduduk setempat terutamanya kepada golongan muda.

Itu antara ucapan YBhg Dato’ Mohd Noor bin Abd Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim dalam Majlis Penyerahan sebuah masjid beserta tempat letak kereta di Kampung Durian Tunjung di atas tanah beralamat Lot 7106, Jalan Pohon Batu, Perumahan Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung pada 19 Februari 2013 yang lalu.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Encik Amir Onn bin Haji Mustapha; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan dan Pengurusan) Perbadanan Labuan, YBhg. Ustaz Sabarudin bin Hassan; Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, tetamu jemputan serta para pegawai dari Jakim dan JAWI Labuan.

Masjid yang bernilai RM 4.8 juta ini telah dapat disiapkan lebih awal dari tarikh jangkaan siap oleh kontraktornya dari Jurutera Sri Mas Sdn. Bhd. Menariknya masjid yang terbina di atas tanah seluas 4.86 ekar ini mampu menampung hampir 1,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dan bakal menjadi masjid kedua terbesar selepas masjid utama di WP Labuan iaitu Masjid Jamek An- Nur.

Di akhir ucapannya, YBhg. Dato’ TKP (P) telah melahirkan rasa kesyukurannya kerana projek ini telah dapat disiapkan dan menyeru agar masjid ini kelak, akan menjadi pusat dalam meningkatkan lagi pembangunan modal ini dan kerohanian yang lebih cemerlang terutamanya di kalangan remaja.

Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan replika kunci (mock key) dari pihak Perbadanan Labuan oleh YBrs. Encik Amir Onn bin Haji Mustapha kepada YBhg Dato’ Mohd Noor bin Abd Hamid bagi pihak Jakim seterusnya diserahkan kepada YBhg. Ustaz Sabarudin bin Hassan di pihak JAWI Labuan bagi urusan pentadbirannya.

masjid durian tunjung2 masjid durian tunjung3 masjid durian tunjung4 masjid durian tunjung5

%d bloggers like this: