Kami berziarah lagi di sebuah kolej di Kota Kinabalu, sebenarnya bukan kali pertama. Kali pertama tempohari, sebelah pagi Tuan Haji Dzul dihubungi oleh kenalan di sana dan saya hadir membantu mana yang patut. Kali kedua, pada ahad sudah, sekali lagi berlaku kecemasan di kolej yang sama.

Sekurang-kurangnya tiga pelajar yang bermasalah. Seorang dari Labuan, seorang dari Sandakan, seorang lagi dari Papar. Tapi pada kali kedua ini ada seorang lagi pelajar perempuan, non muslim pula. Dia sendiri rela dirawat dengan pengubatan Islam Darussyifa’.

Seorang daripada mereka agak keras juga, terbaring di hadapan pintu surau asrama kolej mereka. Seorang lagi berkali-kali hendak muntah tapi nampaknya tidak berdaya. Sementara seorang lagi terganggu dengan histeria yang menimpa rakannya.  Saya memberikan nasihat asas kepada anak-anak dara ini : Jaga solat dan maruah (aurat dan pergaulan).

RawatKolej (1) RawatKolej (2) RawatKolej (3)