Archive for 5 Mac 2013


Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)

Lokasi : Pantai Tanjung Aru 3, Kota Kinabalu

TgAru3 (1) TgAru3 (2) TgAru3 (3) TgAru3 (4)

Dialog Harmoni Non Muslim (12)

Tarikh : 3 Mac 2013 (Ahad)

Tempat : Kota Kinabalu

Seorang sahabat kami dihubungi oleh seorang rakannya non muslim, mengajak untuk berdialog tentang agama Islam. Ringkasnya mereka ada beberapa persoalan dan kemusykilan yang hendak dirungkaikan dengan bertemu dan berdialog dengan mereka yang berkelayakan menjawabnya. Saya hanya mengesahkan kehadiran pada pagi ahad, sekitar 2 jam sebelum dialog bermula.

Sekadar menemani Ustaz Dr Norazamuddin dan Ustaz Muhashibi yang ikut sama. Asalnya kami bertiga kemudian semakin ramai dengan kehadiran Ustaz Rafihi Wasihim, Tuan Nordin Saad, Ustaz Halim Abbas dan Tuan Aspar. Sementara di pihak penganjur ini mereka ada sekitar 30-40 orang yang hadir. Sebahagiannya banyak bertanya secara aktif dan sebahagian lagi menjadi pendengar yang setia. Menariknya kalangan mereka bukan setakat rakyat Sabah bahkan ada dari Pulau Pinang, Pahang, Kelantan bahkan dari luar negara juga seperti Amerika, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan dan lain-lain.

Dialog berlangsung sekitar 3 jam dengan pelbagai soalan antaranya hubungan Islam dan non muslim, ┬ápendidikan anak-anak dalam Islam, hukum-hakam wasiat dan harta waris, beberapa kalimah al-Quran, hukum perundangan Islam – hudud, qisas dan takzir, dan sebagainya. Alhamdulillah, pertemuan yang sangat harmoni dan kami di kedua pihak berpendapat bahawa perlunya siri-siri berikutnya berlangsung agar kekeliruan tentang Islam dapat dileraikan.

Dialog Harmoni Non Muslim (1) Dialog Harmoni Non Muslim (2) Dialog Harmoni Non Muslim (3) Dialog Harmoni Non Muslim (4) Dialog Harmoni Non Muslim (5) Dialog Harmoni Non Muslim (6) Dialog Harmoni Non Muslim (7) Dialog Harmoni Non Muslim (8) Dialog Harmoni Non Muslim (9) Dialog Harmoni Non Muslim (10) Dialog Harmoni Non Muslim (11)

%d bloggers like this: