Tarikh : 2 Mac 2013 (sabtu)
Tempat : Kota Kinabalu
Peserta : 60 orang
Pembimbing : Puan Muna Izzah Fadzil & Puan Salwa Fadzil
Perasmi : Ybhg Dato’ Haji Mustafa Ali
Banyak ilmu yang diperolehi sepanjang hari berada di lokasi kursus ini. Bagi peribadi saya, saya mengambil peluang menyertai kursus ini dengan berpendirian bahawa sebagai pendakwah, imej penampilan sangat penting. Bagaimana kita berhadapan dengan sasaran mad’u sama ada mereka adalah orang baru yang kita temui dan kenali atau pun sebaliknya.
Kami diajar teknik dan psikologi pelbagai perkara, antaranya berjabat tangan, pemilihan warna dan jenis pakaian mengikut saiz tubuh dan warna kulit pemakai, perkara yang boleh atau tidak dilakukan apabila berhadapan dengan audien dan sebagainya, bagaimana cara meraikan tetamu sehingga sikap kita itu membuatkan sasaran tertarik dengan penampilan dan akhlak yang kita tonjolkan. Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada pembimbing, semoga Allah merahmati kalian atas ilmu yang dicurahkan.