Archive for 3 Mac 2013


Mulai minggu ini, kelas dewasa untuk hari ahad malam isnin ditiadakan dan dikumpul pada sabtu malam ahad melancarkan perjalanan kelas. Adapun kelas bagi kategori kanak-kanak dan remaja ia berjalan seperti biasa kecuali jika ada perubahan yang akan dimaklumkan.

KTHM M12 (1) KTHM M12 (2) KTHM M12 (3) KTHM M12 (4) KTHM M12 (5) KTHM M12 (6) KTHM M12 (7) KTHM M12 (8) KTHM M12 (9) KTHM M12 (10) KTHM M12 (11) KTHM M12 (12) KTHM M12 (13)

Sufri

Suatu petang yang nyaman tanpa dirancang, saya jalan-jalan masuk dan keluar kampung di sekitar Putatan. Masuk di Kampung Ketiau, saya langsung ke Taman Perkuburan Umat Islam di kampung berkenaan. Aduhai, sudah lama tidak berziarah ke sini. Saya mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur Allahyarham abang saya, Muhammad Sufri Othman yang meninggal dunia pada 1976, hampir tiga tahun sebelum saya dilahirkan.

Saya hampir lupa kuburannya, kerana kawasan yang kelihatannya terbiar tanpa dibersihkan. Mujur saya teringat petua pakcik kami Tuan Haji Zakaria Mahali mengatakan bahawa dua kubur yang berdekatan mempunyai pokok bunga yang subur menjulang. Saya tidak pernah melihat foto Allahyarham dan tidak mengenali langsung kecuali cerita-cerita daripada orang tua yang kami kasihi. Kalau hidup, beliau berumur 37 tahun dan ia kekal menjadi abang sebelum saya.

Semoga Allah merahmati beliau yang meninggal ketika kecilnya, dan berdoa semoga Allah memelihara dan menjaga keluarga kami sehingga semuanya bertemu di syurga yang abadi.

%d bloggers like this: