Archive for 20 Februari 2013


Buku yang baru dibaca :

??????????

Penulis : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Penterjemah : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz

Penerbit : PSN Publication

Harga : RM22.00 / RM24.00

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullahu Taala merupakan salah seorang khalifah yang mempunyai legendanya yang tersendiri dalam bidang pemerintahan sehingga banyak kata pujian yang telah diungkapkan oleh ulama-ulama terkemuka mengenai beliau. Umar dianggap oleh kebanyakan ulama sebagai “Mujaddid Kurun Pertama”.

Kandungan buku ini yang banyak menonjolkan sifat-sifat terpuji Khalifah Umar bin Abdul Aziz terutama mengenai sifat takutnya yang amat kepada Allah SWT, keadilannya dalam bidang pemerintahan dan pengurusan, kepekaannya terhadap masalah yang dihadapi oleh orang bawahannya dan rakyat jelata patut dihayati oleh semua lapisan masyarakat pekerja sama ada di peringkat atasan mahupun bawahan.

Diharapkan buku ini dapat membudayakan sifat jujur dan amanah dalam setiap tindakan dan urusan harian, mengutamakan akhirat, mengasingkan kegunaan harta awam daripada harta sendiri seperti yang telah dipraktikkan oleh Khalifah Umar. Kisah tentang Umar ini moga dapat dicontohi oleh kita semua terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam soal-soal pentadbiran.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang cukup agung, dihiasi dengan kebijaksanaan, keadilan dan peka dengan tanggungjawab ini akan mampu menjadi neraca kepada setiap individu yang memimpin setiap urusan umat Islam serta menjadi contoh teladan yang baik kepada manusia semuanya sama ada di peringkat individu mahupun jemaah.

Tarikh : 17 Februari 2013 (Ahad)

Masa : 8.30 – 11 pagi

Lokasi : Pulau Gaya

Peserta : 30 orang

Kehadiran penduduk tempatan : 30-40 orang

Penganjur : PAS Kawasan Putatan

Tetamu : YB Datuk Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS

Aktiviti : Ziarah, menyampaikan sumbangan, penyerahan borang masuk PAS

***

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16788-pas-tubuh-cawangan-baru-di-pulau-gaya

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan di Pulau Gaya pada hari ini. Penyerahan borang keahlian PAS dilakukan oleh wakil penduduk, Tuan Ahmadi Munaf kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai simbolik penubuhan cawangan PAS Pulau Gaya.

Sebelum itu, dalam ucapan  Tuan Ahmadi Munaf berjanji akan memberi penerangan ‘apa itu PAS’ kepada masyarakat setempat agar misi dan visi perjuangan PAS dapat difahami oleh penduduk Pulau Gaya. Sokongan yang diberikan daripada  ahli keluarga beliau banyak membantu untuk menubuhkan cawangan PAS di Pulau Gaya.

Seterusnya, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam mengambil kesempatan untuk bertanya masalah yang dihadapi oleh penduduk Pulau Gaya, antara masalah mereka adalah ketiadaan pusat kesihatan (klinik) di kawasan tersebut. Bekalan air juga menjadi masalah utama penduduk yang terpaksa membeli air dalam tong dari Kota Kinabalu. Selain itu, penduduk Pulau Gaya juga berharap agar madrasah ta’lim dan kelas fardu ‘ain dapat diadakan di kampung mereka.

Di akhir majlis, pimpinan PAS Negeri Sabah bersama Husam menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat.

Pas@ Pulau Gaya (1) Pas@ Pulau Gaya (2) Pas@ Pulau Gaya (3) Pas@ Pulau Gaya (5) Pas@ Pulau Gaya (8) Pas@ Pulau Gaya (9) Pas@ Pulau Gaya (10) Pas@ Pulau Gaya (11) Pas@ Pulau Gaya (12) Pas@ Pulau Gaya (13) Pas@ Pulau Gaya (16) Pas@ Pulau Gaya (17) Pas@ Pulau Gaya (18)

%d bloggers like this: