Archive for 18 Februari 2013


Promosi MTQQ @ TPHR (13)

Sesuatu yang mengujakan apabila dapat mengisi program di sekolah ini di lokasi baru di Kinarut setelah genap setahun mereka berpindah lokasi dari Sembulan Kota Kinabalu. Ceramah mempromosi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah di sekolah ini sudah lama dalam perancangan kami. Oleh kerana pelajar lepasan SPM tidak bercuti seperti lepasan sekolah lain sambil menanti keputusan, maka kami tidak perlu tergesa-gesa untuk berziarah ke sini.

Hanya sehari – kurang 24 jam notis sms yang diberikan oleh tuan pengetua Ustaz Haji Awang Omar Pengiran Gana memberi lampu hijau untuk kami meneruskan misi pada pagi jumaat lepas. Program bermula jam 8.45 pagi dan berakhir 11.30 pagi kemudian dengan berbelas-belas soalan yang memerlukan jawapan. Setakat ini walaupun peserta kami hanya kalangan tingkatan 6, berbanding dengan ceramah promosi sekolah lain, nampaknya di sini mereka lebih banyak respon terhadap perkembangan dunia maahad tahfiz.

Sesuatu yang nostalgia apabila saya sebutkan pada awal ceramah, bahawa enam daripada lapan siswa pertama maahad tahfiz pada tahun 1995 dahulu bersekolah di Toh Puan Hajjah Rahmah. Pelajar yang mendengar sangat teruja dengan rekod dan sejarah itu, cuma kemudiannya saya rendahkan suara dengan menyatakan bahawa sudah lama lepasan sekolah ini tidak meyertai maahad tahfiz kami. Barangkali sudah 4-5 tahun atau lebih.

Nostalgia kedua ialah, secara spontan saya teringat bahawa salah seorang penemuduga kemasukan kumpulan pertama pada awal tahun 1995 ialah Ustaz Haji Ag Omar sendiri yang kini menjadi pengetua sekolah berprestij ini. Saya pernah menyatakan kepada beliau bahawa, satu ketika dahulu, guru al-Quran di sekolah ini adalah seorang hafiz al-Quran sambil mengambil contoh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok dan Ustaz Adam Abd Hai.

Selepas Ustaz Adam berpindah, tiada lagi kini guru berstatus hafiz al-Quran di sini. Justeru pihak sekolah wajar memikirkan rancangan menghantar pelajarnya menghafaz al-Quran supaya boleh berkhidmat di sini suatu hari nanti. Saya berharap ada wakil dari sekolah ini yang akan menyertai kami tidak lama lagi. Insya Allah. Kepada Allah kami memohon.

Promosi MTQQ @ TPHR (2) Promosi MTQQ @ TPHR (3) Promosi MTQQ @ TPHR (4) Promosi MTQQ @ TPHR (5) Promosi MTQQ @ TPHR (6) Promosi MTQQ @ TPHR (7) Promosi MTQQ @ TPHR (8)Promosi MTQQ @ TPHR (9) Promosi MTQQ @ TPHR (11) Promosi MTQQ @ TPHR (12) Promosi MTQQ @ TPHR (14) Promosi MTQQ @ TPHR (16) Promosi MTQQ @ TPHR (17) Promosi MTQQ @ TPHR (18) Promosi MTQQ @ TPHR (19)

Janji Pakatan Rakyat Sabah, negeri di bawah bayu, membawa perubahan untuk rakyat Sabah.

%d bloggers like this: