Archive for 17 Februari 2013


JALAN NALUYAN – MESAPOL LAMA

Foto yang saya rakam pada 14 Februari dan siarkan ini adalah berdasarkan urutan perjalanan pulang. Mungkin jaraknya hanya sekitar 5km sahaja, tapi keadaan jalan menyebabkan pergerakan dari awal rumah sehingga ke persimpangan memakan masa hampir 20 minit. Saya kongsikan sebahagian foto yang sempat dirakam.

Biarlah foto yang berbicara…

Jalan Naluyan-Mesapol Lama (2) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (3) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (4) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (5) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (6) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (7) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (8) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (9) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (10) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (11) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (12) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (13) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (14) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (15) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (16) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (17) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (18) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (19) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (20) Jalan Naluyan-Mesapol Lama (1)

Ibu Inun (1)

Kami menerima berita duka seawal jam 8 pagi lagi, apabila sahabat-sahabat memaklumkan melalui aplikasi whatsapp akan pemergian ibu kepada salah seorang sahabat akrab kami Ustazah Inun Mamit. Allahyarham diberitakan meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya antara jam 6.30-7.00 pagi di Sipitang.

Tidak banyak cerita punca kemalangan saya perolehi, apatah lagi dalam suasana berduka ini, saya tidak berhasrat mengganggu sebak dan sedih mereka dengan bertanya itu dan ini. Baru beberapa hari sebelum itu Allahyarham berada di Kota Kinabalu berziarah ke rumah anak dan menantu. Ketika kejadian Allahyarham baru balik sehari ke Sipitang dan khabarnya dalam perjalanan ke pasar tamu Sipitang.

Kami – sahabat-sahabat merancang perjalanan dari Kota Kinabalu untuk berziarah, mengucap takziah dan membantu mana yang perlu. Saya bergerak sendirian, ada yang berdua dan ada yang bertiga. Yang jauh bertanya khabar dan berkirim salam takziah untuk keluarga dan ahli musibah. Antara sahabat-sahabat kami yang hadir ialah Salwa Ahmad, Hjh Salmah Hassan, Noramisah Ongki, Dg Halimah dan suami. Saya sendiri tiba di Kg Pelakat Sipitang sekitar jam 12 tengahari dan ketika itu orang ramai sedang menanti janazah yang sedang dimandikan.

Janazah dikebumikan di Taman Perkuburan Kg Pelakat yang tidak jauh dari situ. Alhamdulillah semua urusan penyelenggaraan janazah termasuk talqin dan doa selesai pada jam 2.30 petang. Semoga keluarga Allahyarham bersabar di atas musibah ini dan sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham diganjari pahala yang berpanjangan serta diampunkan segala salah silap beliau. Al-Fatihah.

Ibu Inun (2) Ibu Inun (3) Ibu Inun (4) Ibu Inun (5) Ibu Inun (6) Ibu Inun (7)

%d bloggers like this: