Archive for 16 Februari 2013


Tarikh : 13 Februari 2013 (Rabu)

Masa : 8.30-9.30 malam

Tempat : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral

Alhamdulillah, dalam notis kurang 24 jam sekitar 60-80 jamaah menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mokhtar Senik dari Pahang. Beliau datang ke Sabah dalam urusan mempromosi kumpulan umrah yang dikendalikan oleh beliau sendiri.

Banyak perkara yang disentuh dalam ceramah sekitar 70 minit itu dengan memulakan dengan rahmat terutusnya Rasulullah SAW. Daripada terutusnya baginda, kita diberikan nikmat iman dan Islam sehingga apa yang berlaku pada hari ini. Justeru itu, nikmat iman dan Islam wajib dimanfaatkan untuk kita menegakkan Islam dalam seluruh kehidupan kita masing-masing.

Ustaz Mokhtar Senik (1) Ustaz Mokhtar Senik (2) Ustaz Mokhtar Senik (3)

 

 

Takziah kami ucapkan kepada sahabat kami, Ustaz Hisham Yayah di atas kembalinya kerahmatullah ayahanda beliau pada awal pagi 13 Februari 2013 di Kg Tanjung Aru Lama Kota Kinabalu. Janazah diselenggarakan oleh ahli keluarga terdekat dan diimamkan sendiri oleh Ustaz Hisham. Jamaah memenuhi rumah dan persekitarannya sejak awal lagi sehinggalah selesai disolatkan sekitar jam 1.30 tengahari.

Antara yang hadir ialah Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar serta warga Pejabat Mufti Negeri Sabah. Semoga keluarga Ustaz Hisham bersabar di atas musibah ini dan Allah mengampunkan dosa-dosa Allahyarham. Allahummaghriflahu warhamhu, wa a’fihi wa’fu anhu.

Bapa Hisham (1) Bapa Hisham (2) Bapa Hisham (3) Bapa Hisham (4)

%d bloggers like this: