Archive for 12 Februari 2013


BengkelMendorongPelajarCorot (14)

Tarikh : 11 Februari 2013 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi – 5 petang

Tempat : Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Sepanggar

Peserta : 120 orang pelbagai latar terutamanya guru

Pembimbing : Ustazah Siti Khadijah (USK)

 

Suatu program yang sangat bermanfaat untuk semua orang, baik sebagai guru, ibu bapa, suami isteri, pemimpin organisasi dan sebagainya. Walaupun topik khas berkenaan mendorong pelajar corot, tetapi USK mengaitkannya dalam situasi-situasi lain seperti ibu dengan anak, suami dengan isteri dan sebagainya.

Hadith-hadith Rasulullah SAW yang bertemakan psikologi dibentangkan, pengalaman manis mereka dikongsikan dan kami turut terdorong untuk melakukan perkara sama kepada pelajar dan keluarga sendiri. Semoga Allah SWT merahmati USK dan Sdr Asyraff Hafdzan serta semua yang terlibat atas semua kebaikan yang kalian lakukan.

BengkelMendorongPelajarCorot (1) BengkelMendorongPelajarCorot (3) BengkelMendorongPelajarCorot (4) BengkelMendorongPelajarCorot (5) BengkelMendorongPelajarCorot (6) BengkelMendorongPelajarCorot (7) BengkelMendorongPelajarCorot (8) BengkelMendorongPelajarCorot (9) BengkelMendorongPelajarCorot (10)

BengkelMendorongPelajarCorot (15) BengkelMendorongPelajarCorot (16) BengkelMendorongPelajarCorot (17) BengkelMendorongPelajarCorot (12) BengkelMendorongPelajarCorot (13)

Razali si Deliveri & Wee Kiat dalam Drama Tahun Baru Cina mengisahkan tentang Razali yang bertemu dengan Wee Kiat, sahabat lamanya yang kini sudah memeluk agama Islam.

***

Saya pernah mendengar Tuan Haji Nicholas Sylvester menyatakan bahawa, pada zaman awal kedatangan kaum cina ke Tanah Melayu, majoriti mereka adalah beragama Islam. Entah apa sebabnya, kini jumlah kalangan mereka (sesudah mungkin 4 atau 5 generasi berikutnya kini) hanya berapa peratus sahaja yang masih beragama Islam. Kalau tidak salah, kajian itu dilakukan oleh MACMA sendiri.

Saya kira faktor-faktor penyebab itu wajar didedahkan dan dijadikan titik tolak untuk kita memperkasakan dakwah kepada non muslim baik di peringkat penguasa, golongan pemimpin, pendakwah serta rakyat keseluruhannya. Insya Allah Islam akan terus subur di Malaysia.

%d bloggers like this: