Archive for 10 Februari 2013


masjid-negeri-sabah

Masjid Negeri Sabah, 28 Disember 2012.

***********

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan berlaku di masjid-masjid sekitar pusat bandaraya Kota Kinabalu beberapa tahun kebelakangan ini ialah suasana dan kehadiran jamaah solat jumaat yang sangat ramai dan melimpah. Masjid-masjid yang saya maksudkan ialah Masjid Negeri Sabah, Masjid al-Aman Sinsuran, Masjid Bandar Kota Kinabalu dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada ketika kami menuntut di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Sembulan (1991-1996) dan kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran (1997-1999) yang beroperasi di Masjid Negeri Sabah sebagai contoh, kehadiran solat jumaat tidaklah seramai yang ada sekarang. Malahan ketika itu, sebahagian besar aras bawah tidak digunakan kerana memberi laluan untuk Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah yang beroperasi setiap hari di situ. Ketika itu juga Masjid Bandaraya (MBR) belum lagi wujud – MBR mula beroperasi pada awal tahun 2000.

Masa berlalu.

Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (MIMNS) kini sudah tidak beroperasi dalam bangunan Masjid Negeri Sabah. Jadi, ruang aras bawah dapat dimanfaatkan untuk sekitar 1000 jamaah lagi sehingga kehadiran jamaah jumaat kini sudah sekitar 6-7 ribu, melimpah sehingga ke ruang wudhu’, dan laluan ke pejabat imam besar. Dalam masa yang sama, MBR yang boleh memuatkan ¬†10-12 ribu jamaah pada satu-satu masa dirasmikan pada februari 2000 dan mula beroperasi. Dua pertiga masjid berkenaan juga dipenuhi jamaah jumaat berbanding masa-masa lalu.

Sementara MNS dan MBR terletak di pinggir sedikit dari tengah bandaraya, ada dua buah masjid yang beroperasi benar-benar di tengah pusat bandaraya iaitu Masjid al-Aman Sinsuran di kawasan pasar Filipina dan Masjid Bandar di atas bukit berdekatan Padang Merdeka. Kedua-dua masjid ini dilimpahi jamaah jumaat. Kebiasaannya sesiapa yang datang hampir 12.30 tengahari akan menghadapi masalah untuk masuk ke dalam masjid kerana keadaan sesak.

Keadaan ini sudut positifnya menunjukkan kesedaran yang sangat baik dan semakin meningkat di kalangan umat Islam dan kerja-kerja dakwah ini wajib diteruskan oleh semua pihak – pemerintah, jabatan agama, ngo Islam dan seluruh umat Islam. Pada saat ini salah satu perkara yang wajar difikirkan ialah agar menambah atau menaiktaraf beberapa surau untuk didirikan solat fardhu jumaat. Paling tidak ia memudahkan jamaah dan umat Islam ke lokasi lebih hampir dalam suasana kepadatan penduduk. Mudah-mudahan juga dengan kewujudan lokasi baru solat jumaat meninggalkan kesedaran kepada umat Islam yang belum lagi mahu menunaikan fardhu jumaat ini.

Sejak bulan Ramadhan lepas, Surau an-Nur di Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya juga sudah dinaiktaraf kepada masjid dan sudah mengadakan solat fardhu jumaat. Sehingga kini dua pertiga ruang masjid dari hampir 1000 jamaah itu sudah dipenuhi. Melalui perbincangan dan sembang kawan-kawan, Masjid Kg Sembulan yang pernah mengadakan solat jumaat pada tahun 60an – 70an sebelum Masjid Negeri Sabah yang ada sekarang wajar diberikan semula.

Saya berpandangan agar surau seperti Surau IPD Karamunsing, Surau Kompleks Bersepadu di Jalan Lintas, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral boleh difikir, dikaji dan seterusnya diberikan kebenaran untuk mengadakan solat fardhu jumaat. Kesemua lokasi yang saya cadangkan ini ialah kawasan-kawasan berpendudukan padat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Mungkin juga jika ada hotel atau pusat membeli belah yang berminat untuk mengadakan solat jumaat boleh berbincang dengan JHEAINS dan Pejabat Mufti untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

Sekian saya mencadangkan.

Masjid Bandaraya

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, 21 Disember 2012

Masjid al-Aman

 Masjid al-Aman, Sinsuran (Pasar Filipina) 14 Disember 2012.

Surau Taman Austral

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral

Surau Kompleks Bersepadu

Surau Kompleks Bersepadu, Jalan Lintas

Tarikh : 9 Februari 2013

Masa : 9 pagi- 3 petang

Tempat : Bangunan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) Sembulan

Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fii khair

Kahwin (1) Kahwin (2) Kahwin (3) Kahwin (4) Kahwin (5) Kahwin (6) Kahwin (7) Kahwin (8) Kahwin (9) Kahwin (10)

%d bloggers like this: