Archive for 8 Februari 2013


Masjid Kg Pasir Putih Putatan

Khatib : Ustaz Haji Arifin Ali

Lokasi : Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan

Budaya menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing.

Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin bermaksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”, digunakan pada zaman Rom Kuno  kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka ianya telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam dinasihatkan tidak merayakan hari terserbut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, kita sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semulajadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.

Tarikh : 7 Februari 2013

Masa : 8.30 pagi – 1 tengahari

Tempat : Dewan Maahad Tahfiz al-Quran

 

Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (1) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (2) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (3) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (4) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (5) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (6) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (8) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (9) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (10) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (11) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (12) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (13) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (14) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (15) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (16) Majlis Menghafaz MTQQNS 2013 (17)

%d bloggers like this: