Archive for 4 Februari 2013


Pulau Sepanggar

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, yang terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN sekian lama. Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan Barisan Nasional.

Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan. Semalam, rombongan PAS yang diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad  Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.

“Kami datang memahami masalah mereka dan juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sambutan dan penghayatan kepada Maulidur Rasul,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily. Di dalam lawatan ini juga, Nik Zawawi berkata PAS memberikan pemeriksaan kesihatan percuma.

“Alhamdulilah, program kebajikan ini disambut meriah. Hampir semua penduduk Sepanggar menghadiri program ini. Mereka semua menyokong PAS,” katanya lagi. Nik Zawawi, yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS berkata penduduk Pulau Sepanggar kini sedar mereka mempunyai pilihan alternatif, iaitu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.

“Insya Allah. mood ‘Ini Kalilah – Tukar’ sudahpun dirasai di sini,” kata beliau lagi.

Dipetik dari Harakahdaily

Nik Zawawi

Tarikh : 02 Feb 2013
Tempat : Asia City
Penceramah : Ust Nik Zawawi (Setiausaha Majlis Syura Ulamak)

Point :

1) Perjuangan Islam adalah wajib. Seandainya perjuangan Islam hanya sunnat, barangkali tidak ramai mahu terlibat kerana perjuangan Islam sangat mencabar. Menghabiskan masa yang banyak, tenaga, harta yang tida sedikit. Ujian yang banyak akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.

2) 2/3 ayat al-quran berupa ayat-ayat perjuangan. contohnya sebahagian surah al-baqarah perjuangan nabi musa terhadap firaun menentang kezaliman, begitu juga surah-surah yang lain seperti Surah al-Maidah, at-Taubah, al-Ahzab, Yasin, Soff dan lain-lain.

3) Syarat perjuangan Islam : al-wala’ dan taat, syura, ikhlas dan lain-lain.

%d bloggers like this: