Archive for 3 Februari 2013


PANTAI TG ARU 3

Lokasi : Pantai Tanjung Aru 3

Tarikh : 2 Februari 2013

Masa : 6 petang

Relaks-relaks bersama keluarga di hujung minggu.

3rd Beach Tg Aru (1) 3rd Beach Tg Aru (2) 3rd Beach Tg Aru (3) 3rd Beach Tg Aru (4) 3rd Beach Tg Aru (5)3rd Beach Tg Aru (7) 3rd Beach Tg Aru (8) 3rd Beach Tg Aru (9)

nazri4

Walaupun 17 tahun beliau berada di Sabah (hanya berkhidmat di SK Pekan Putatan sahaja), daripada zaman bujangnya hingga beranak lima, perkenalan dan persahabatan kami tercetus pada 2 tahun terakhir sahaja. Sayang juga rasanya walaupun duduk di daerah yang sama di Putatan ini, bahkan kedudukan rumah hanya sekitar kurang 10 minit perjalanan sahaja, kami tidak pernah saling mengenal. Cuma pada awal perkenalan itu, beliau sering melayari blog ini. Aduhai..

Perkenalan semakin rapat apabila kami sama-sama menyertai pengajian Kuliah Perubatan Islam (KPI) anjuran Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah dan diikuti dengan Pengajian Darussyifa’ Kumpulan Pertama Sabah juga di Masjid Negeri Sabah. Dari sini kami mencetus idea mengadakan kuliah tafsir mingguan di Masjid Negeri Sabah setiap ahad malam isnin selepas isyak dengan pembimbingnya bergilir-gilir, dan hasil cadangan Tuan Haji Mohd Pozi Awang, Ustaz Nazri dipilih sebagai salah seorang pembimbing kuliah tafsir berkenaan.

Penglibatan di dalam Darussyifa’ ┬áSabah sebenarnya telah memperlihatkan kebolehan beliau sebagai pendakwah dan perawat yang aktif apabila sering dipanggil merawat walaupun pada waktu yang agak sulit. Istiqamahnya beliau dalam waktu-waktu merawat khususnya ketika surau SK Pekan Putatan dijadikan operasi merawat setiap minggu. Tidak sedikit para sahabat kami dan saya sendiri menyertai undangan merawat yang pada asalnya diminta kepada diri Ustaz Nazri sendiri. Secara diam saya memperhati dan mempelajari banyak perkara dalam soal merawat ini daripada diri beliau sendiri.

Dalam organisasi, beliau dilantik sebagai bendahari Darussyifa’ Sabah. Saya mengungkap apa yang pernah dikatakan oleh Tuan Haji Pozi suatu ketika kepada saya bahawa beliau sangat cekap dan cermat dalam menjaga amanah kewangan persatuan. Justeru pemilihannya pada peringkat awal dahulu amat berbaloi dan tidak sia-sia. Beliau juga mempunyai jadual kuliahnya sendiri dan undangan khatib khususnya di Masjid as-Salam Kg Contoh dan Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil.

Jujurnya saya melihat beliau mempunyai kebijaksanaan dalam pergaulan dengan pelbagai masyarakat. Barangkali tidak ramai tahu beliau sudah sekian tahun memberi kuliah tetap di rumah Datuk Abd Ghafur Salleh sehingga saat akhir sebelum mereka berpisah baru keluarga berkenaan mengetahui fikrah ‘hijau dan bulannya’. Begitu juga pergaulan dengan anak-anak muda akrab dengannya terutama dalam perlawanan futsal. Semoga dengan berpindahnya beliau ke Taiping Perak tidak memutuskan persahabatan yang sudah sedia terjalin. Allah memberkati kehidupan beliau, insya Allah.

nazri1 nazri2 nazri3 nazri5

%d bloggers like this: