Archive for 1 Februari 2013


AKTIVITI MERAWAT

Tarikh : 25 Januari 2013 & 1 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : Antara 8.15 – 11 malam
Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas
Penganjur : Darussyifa’ Putatan dengan kebenaran JK Masjid as-Salam

Darussyifa' Putatan (1) Darussyifa' Putatan (2) Darussyifa' Putatan (3) Darussyifa' Putatan (4) Darussyifa' Putatan (5) Darussyifa' Putatan (6)

Masjid al-Hilal

 

Khatib : Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim

Lokasi : Masjid al-Hilal, Kg Tanjung Dumpil Putatan

 

Sabda Rasulullah SAW : “Tiga perkara yang sesiapa ada sifat ini pada dirinya, maka ia akan dapat merasai kemanisan iman. 1- Ia mencintai Allah dan Rasul-Nya mengatasi kasihnya kepada yang lain. 2- Ia mencintai seseorang, tidaklah ia cinta melainkan kerana Allah. 3- Ia benci untuk kembali (murtad) ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka”.

Mencintai Rasulullah SAW bukanlah sekadar dilafaz bahkan hendaklah dibuktikan dengan iktiqad dan amalan, sejauh mana kita mentaati perintah Allah dan Rasulullah SAW mengatasi perintah manusia yang lain. Selain itu membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW hendaklah kita beradab dengan baginda walaupun baginda tidak ada bersama-sama kita lagi pada hari ini.

Antaranya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Justeru, untuk mengetahui cara dan peraturan mencintai dan menghormati Rasulullah SAW, hendaklah melalui proses mendapatkan ilmu, sama ada dengan mendengar dan menghadiri kuliah daripada para alim ulama’, bertanya kepada mereka serta membaca dan merujuk kitab-kitab yang muktabar.

%d bloggers like this: