Archive for 16 Januari 2013


DarussyifaSabahKum2

Pengambilan peserta Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ (KPID) kumpulan ke 2 sesi 2013/14 dibuka sekarang. Borang permohonan mengikuti KPID boleh dimuatturun dari http://kvisit.com/SzvXMAg. Sila isi borang tersebut dan emelkan salinan digital (scan/digital copy) ke alamat emel Darussyifa Sabah atau faks ke nombor faks di bawah.

Alamat emel : darussyifa.sabah@gmail.com
Nombor faks : 088 – 260133

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Hamran (017-3836960) / Hj Dzul (012-8247012) / Ust Md Akmal (013-8510199),  atau hantar mesej ke Facebook Page Darussyifa Sabah http://www.facebook.com/darussyifasabah atau emelkan ke : darussyifa.sabah@gmail.com.  Tarikh tutup permohonan = 1 Mac 2013 / 14 Jamadil Awwal 1434H. Jangan lengah-lengah. Bilangan peserta adalah TERHAD !!!

 

Setakat kumpulan pertama Darussyifa’ Sabah diijazahkan, hanya ada satu lokasi rawatan yang beroperasi benar-benar di premis sendiri iaitu Darussyifa’ Bandar Sierra. Sekalipun masih menyewa di satu unit kedai, sambutan masyarakat terhadap premis ini sangat membanggakan. Mereka mendapatkan khidmat rawatan penyakit zahir dan gangguan makhluk halus secara percuma, dan menyumbang sekadar keikhlasan masing-masing.

Adapun di lokasi lain, premis Darussyifa’ sekadar bersifat sementara sahaja. Premis kedua yang saya maksudkan ialah di Surau SK Putatan yang sudah beroperasi sekitar setengah tahun kebelakangan. Lokasi ini pada peringkat awal diusaha dan diurusetiakan oleh Ustaz Ahmad Nasir Harun dan kemudian oleh Ustaz Nazri Yaakob, yang kedua-duanya adalah tenaga pengajar di sekolah berkenaan. Lokasi rawatan di surau SK Putatan sudahpun berakhir dan kini beroperasi (sementara) di Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas.

Sudah beberapa kali usaha dibuat agar Darussyifa’ beroperasi di lokasi sendiri – walaupun sekurang-kurangnya menyewa rumah atau bangunan, tetapi ada saja yang tidak berkenan di hati kami atau kurang menepati syarat yang ditetapkan oleh Darussyifa’ Malaysia. Kali ini insya Allah, hampir pasti operasi Darussyifa’ Putatan akan berpindah lokasi baru ke suatu tarikh yang tidak begitu lama lagi.

Sahabat kami Sdr Handry bertemu satu rumah yang bersesuaian dan kami bertemu dengan tuan rumah pada isnin lepas di lokasi berkenaan. Perbincangan singkat nampaknya sangat positif dan tuan rumah akan memberi jawapan dalam tempoh beberapa hari lagi. Ia asalnya dua unit rumah yang disatukan, berada di tepi jalan dan tidak mengganggu laluan atau rumah-rumah yang lain. Kawasan perkarangan juga agak luas, boleh bercucuk tanam seperti pokok-pokok herba dan seumpamanya.

Apabila sudah pasti nanti, kami akan mengumumkan lokasinya secara rasmi dan diharap para pembaca dapat menyumbang dana agar operasi dapat berjalan dengan lancar. Maklum sahaja rawatan diadakan secara percuma. Semoga urusan dakwah ini dapat berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Premis DS Kinarut (1) Premis DS Kinarut (2) Premis DS Kinarut (3)

%d bloggers like this: