Archive for 15 Januari 2013


Hj Ayob @ MTQQNS (6)

Dalam siri-siri kuliah mingguan saya di maahad bersama siswa-siswi, sesekali saya menyentuh perihal dakwah kepada non muslim, isu-isu perbandingan agama, al-Quran dan Bible. Antara watak yang sering saya ceritakan kepada pelajar kami ini ialah Tuan Haji Ayob Abd Rahman @ Anthony Samy Perumal, seorang pendakwah gigih berasal dari Pulau Pinang.

Belum lama saya ada menyebut perihal beliau kepada para pelajar, tidak semena-mena pada sabtu sudah beliau memaklumkan akan ke Kota Kinabalu untuk membawa sepasang pelancong dari negara Jerman. Sebenarnya beliau pernah belajar ‘usuluddin’ Kristian di Jerman Barat pada awal 70an dan boleh bertutur bahasa Jerman. Kelebihan beliau yang boleh berbahasa Jerman ini dimanfaatkan untuk beliau diangkat sebagai pemandu pelancong dari negara berkenaan.

Saya ketahui perkara ini sudah beberapa tahun. Beliau membawa pelancong non muslim melawat tempat menarik di Sabah dan memasukkan unsur dakwah Islam kepada pelancong yang dibawanya. Berziarah ke Masjid Bandaraya serta menceritakan fungsi masjid, ibadah dan seteruskan berkaitan ketuhanan. Bermusafir juga ke kaki Gunung Kinabalu di Kundasang dan bercerita lagi tentang alam ciptaan Allah SWT.

Ada sedikit masa kosong, dan saya aturkan 2 program ceramah, salah satunya ke maahad kami ini. Saya melihat beliau seorang yang gigih berdakwah, dan sudah lebih 30 kampung diislamkan di Sarawak. Beliau menceritakan sejarah hidup beliau dan asbab beliau kembali kepada agama yang indah ini. Beliau melalui ujian yang tidak mudah, tetapi Allah SWT menetapkan bahawa seorang yang mendalami ilmu agama Kristian serta menjadi paderi, pada akhirnya akan menyerah diri sebagai seorang muslim.

Kehidupan mewah sebagai paderi, duit, penghormatan manusia, kemudahan pengangkutan dan penginapan kelas pertama, sungguh indah susunan takdir Allah SWT apabila beliau kasihan melihat penduduk kampungnya di Pelanduk Jatuh Pulau Pinang yang beragama Islam. Baginya ketika itu, mereka penduduk kampung yang baik tetapi rugi kerana beragama Islam. Beliau berusaha untuk memberi kesedaran tentang Kristian tetapi akhirnya beliau pula yang melihat keindahan Islam.

Beliau turut menyuntik suatu kesedaran agar pelajar terus menerus menimba ilmu secara formal dan pengalaman hidup seterusnya tidak lupa untuk berdakwah. Menarik manusia kepada Islam, serta memantapkan kefahaman bagi yang sudah beragama Islam. Pendakwah bahkan seluruh umat Islam juga menurutnya perlu menjadi contoh yang baik agar orang non muslim tidak tersalah sangka tentang keindahan Islam ini.

Hj Ayob @ MTQQNS (1) Hj Ayob @ MTQQNS (2) Hj Ayob @ MTQQNS (3) Hj Ayob @ MTQQNS (4) Hj Ayob @ MTQQNS (5) Hj Ayob @ MTQQNS (7) Hj Ayob @ MTQQNS (8) Hj Ayob @ MTQQNS (10) Hj Ayob @ MTQQNS (11) Hj Ayob @ MTQQNS (12) Hj Ayob @ MTQQNS (13)

Sumber : di sini

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

“Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

“Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah,” kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi. Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din. Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia 
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din 
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

%d bloggers like this: