Seronok juga sesekali bertemu dengan kawan-kawan lama walaupun sebentar apatah lagi kami yang pernah sepengajian sebelum ini. Lokasi pertemuan di Restoran Lengkuas Grace Square Sembulan, walaupun sebenarnya masing-masing dengan grup masing-masing. Saya dengan sahabat-sahabat Darussyifa’, Ustaz Bahtiar Hud dengan keluarganya manakala yang lain datang sekumpulan untuk makan tengahari.

Ustaz Bahtiar Hud yang selalu kami jadikan rujukan di Mesir kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal Islam di Pejabat Mufti Negeri Sabah. Ustaz Safri, Ustaz Junaidi @ Pacun dan Ustaz Auzani bertugas di SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut. Ustaz Ismail Maidin bertugas SK Nyaris-Nyaris Bongawan sementara di Ustaz Saifuddin Matzin berkhidmat Kuala Penyu.

Alhamdulillah, walaupun masing-masing dengan kerjaya masing-masing, berkhidmat untuk masyarakat masing-masing, sesekali masih dapat bertemu secara santai. Ustaz Bahtiar semakin galak diundang ke merata tempat untuk mengisi slot-slot ceramah, kuliah dan tazkirah. Ustaz Junaidi pula masih meneruskan khidmat dengan dunia khatnya termasuk sepanduk-sepanduk. Mudah-mudahan tugasan masing-masing dipermudahkan oleh Allah SWT.

Kawan-Kawan (1) Kawan-Kawan (2)