Archive for 14 Januari 2013


KAWAN-KAWAN LAMA

Seronok juga sesekali bertemu dengan kawan-kawan lama walaupun sebentar apatah lagi kami yang pernah sepengajian sebelum ini. Lokasi pertemuan di Restoran Lengkuas Grace Square Sembulan, walaupun sebenarnya masing-masing dengan grup masing-masing. Saya dengan sahabat-sahabat Darussyifa’, Ustaz Bahtiar Hud dengan keluarganya manakala yang lain datang sekumpulan untuk makan tengahari.

Ustaz Bahtiar Hud yang selalu kami jadikan rujukan di Mesir kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal Islam di Pejabat Mufti Negeri Sabah. Ustaz Safri, Ustaz Junaidi @ Pacun dan Ustaz Auzani bertugas di SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut. Ustaz Ismail Maidin bertugas SK Nyaris-Nyaris Bongawan sementara di Ustaz Saifuddin Matzin berkhidmat Kuala Penyu.

Alhamdulillah, walaupun masing-masing dengan kerjaya masing-masing, berkhidmat untuk masyarakat masing-masing, sesekali masih dapat bertemu secara santai. Ustaz Bahtiar semakin galak diundang ke merata tempat untuk mengisi slot-slot ceramah, kuliah dan tazkirah. Ustaz Junaidi pula masih meneruskan khidmat dengan dunia khatnya termasuk sepanduk-sepanduk. Mudah-mudahan tugasan masing-masing dipermudahkan oleh Allah SWT.

Kawan-Kawan (1) Kawan-Kawan (2)

 

Alhamdulillah, masuk tahun baru 2013, Majlis Guru PASTI Kawasan Sepanggar masih berdaya meneruskan siri-siri usrah bagi mentarbiyyah ahli-ahi mereka agar cintakan Islam melalui majlis ilmu seperti ini. Saya berbesar hati masih diberi peluang dan kepercayaan untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada bersama para guru yang dedikasi ini.

Pada minggu ini, usrah membincangkan tentang kerja sebagai ibadah. Kalau tidak salah, ini kali ketiga saya membentangkan tajuk yang serupa. Nampaknya ramai berminat dengan tajuk ini, yang objektifnya sudah tentu agar audien tahu bagaimana rupa kerja yang berpahala dan diridhai oleh Allah SWT.

Alhamdulillah, tugasan sebagai guru adalah semulia-mulia kerja kerana memberi ilmu kepada manusia, apatah lagi ilmu itu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ada beberapa syarat yang ditetapkan sebelum tugas atau kerja itu dinilai sebagai ibadah :

1) Niat yang baik;

2) Kerja yang halal lagi baik;

3) Pelaksanaan kerja yang baik;

4) Natijah yang baik;

5) Tidak mengabaikan ibadah asas.

Usrah MGP Sepanggar (1) Usrah MGP Sepanggar (2) Usrah MGP Sepanggar (3)

%d bloggers like this: