Archive for 11 Januari 2013


 

Lokasi : Maahad Tahfiz, Kepayan Kota Kinabalu

Tarikh : 10 Januari 2013

Aktiviti : Solat hajat, bacaan yasin, zikir, azan dan merenjis air yang sudah diruqyah.

Ruqyah Maahad (1) Ruqyah Maahad (2) Ruqyah Maahad (3) Ruqyah Maahad (4) Ruqyah Maahad (5)

Masjid Kg Contoh

Khatib : Ustaz Tarmizi

Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata :

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi:¬†Terangkanlah kepadaku tentang ihsan. Baginda bersabda: ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. …..

Tiga sendi agama – Iman-Islam dan Ihsan ini hendaklah diambil berat oleh setiap muslim dengan tidak mengabaikan salah satu daripadanya. Aqidah yang sahih, syariat yang lurus dan akhlak yang luhur akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT kepada penganut-penganutNya.

%d bloggers like this: