Archive for 7 Januari 2013


Nazmi Karim (1)

Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Nazmi Abd Karim yang sudi mengisi ruang kosong dalam kuliah subuh di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan pagi tadi. Alhamdulillah, saya memahami keletihan dan situasi beliau yang kurang sihat. Namun kuliah khas bersama beliau tidak kurang bersemangatnya juga di hadapan jamaah yang hadir sekitar 100 orang termasuk jamaah muslimat.

Kuliah beliau selama sejam berkisar tentang kesesatan syiah. Saya kira ini suatu pendedahan yang sangat baik dan beliau merungkaikannya dalam bahasa yang mudah. Maklum saja jamaah yang mempunyai pelbagai latar termasuk majoritinya penduduk kampung yang mungkin saja ada yang tidak pernah tahu tentang perkara ini.

Terima kasih pengerusi masjid Tuan Haji Yusuf Othman yang sudi menerima slot pagi ini walaupun notis singkat selepas solat jumaat 2 hari lepas. Alhamdulillah, dalam keadaan itu masjid melalui jamaahnya ada yang sudi menyumbang sarapan roti canai dan mee goreng untuk 100 orang. Licin…

Nazmi Karim (2) Nazmi Karim (3) Nazmi Karim (4) Nazmi Karim (5) Nazmi Karim (6) Nazmi Karim (7)

Sh Samir Saqqo (1)

Saya tidak menyangka jamaah yang sangat ramai membanjiri Masjid Nurul Hikmah malam tadi dalam konteks ceramah agama di Sabah. Suasana seumpama ini pernah saya lihat suatu ketika di Masjid Negeri Sabah ketika Tan Sri Harussani Zakaria menyampaikan ceramah, saat isu ratusan ribu murtad menurut beliau.

Barangkali ramai menanti ketibaan ulama besar yang berasal dari negara Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni yang merupakan angkatan pertama dari negaranya yang menuntut di Universiti al-Azhar Mesir. Beliau pengarang kitab tafsir terkenal Sofwatut Tafasir yang menjadi rujukan seluruh dunia. Saya sendiri pernah menjadikan kitabnya sebagai rujukan ketika mengajar tafsir di Surau Taman Limauan satu ketika dahulu.

Pada pagi semalam, beberapa jam sebelum keberangkatan beliau bersama rombongan ke Kota Kinabalu, beliau diberitakan muntah dan lemah. Keadaan itu menyebabkan rombongan mengambil keputusan membatalkan kehadiran beliau ke Sabah dan digantikan oleh Sheikh Samir Saqqo yang sememangnya ada dalam senarai. Menurut Ustaz Nazmi, malam sebelum itu pun beliau sudah kelihatan tidak bermaya di Masjid al-Azhar KUIS Selangor dan hanya bercakap sebentar sahaja.

Namun kekecewaan jamaah setelah tidak melihat tubuh beliau ke Sabah setelah tiba di LTA Kota Kinabalu menurut Ustaz Nazmi mesti diiringi dengan sifat belas kasihan dan kasih sayang kepada ulama ini, betapa mereka sendiri perlu menjaga kesihatan serta pembatalan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Bagaimanapun penganjur, serta rakan-rakan Muslim Care yang membawa rombongan ke sini membuat slot alternatif dengan membawa lintas lansung ke rumah penginapan Sheikh Ali di Shah Alam dan beliau dapat membuat sedikit nasihat kepada jamaah di masjid ini.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga penceramah – Sheikh Ali, Sheikh Samir dan Ustaz Nazmi Karim menceritakan tentang suasana terkini di Syria, kekejaman pemerintahan Basyar al-Asad, penglibatan Syiah serta bantuan langsung dari Iran dan sebagainya. Kutipan sumbangan untuk umat Islam di Syria juga dibuat di hujung majlis dengan kutipan keseluruhan lebih daripada RM18,000 dan terus disampaikan oleh pengerusi masjid bagi pihak seluruh jamaah kepada Sheikh Samir Saqqo.

Sh Samir Saqqo (2) Sh Samir Saqqo (3) Sh Samir Saqqo (4) Sh Samir Saqqo (5) Sh Samir Saqqo (6) Sh Samir Saqqo (7) Sh Samir Saqqo (8) Sh Samir Saqqo (9) Sh Samir Saqqo (10) Sh Samir Saqqo (11) Sh Samir Saqqo (12) Sh Samir Saqqo (13) Sh Samir Saqqo (14) Sh Samir Saqqo (15)

%d bloggers like this: