Archive for 5 Januari 2013


Majlis Zikir DS (1)

Mesyuarat JK Darussyifa’ Sabah memutuskan buat masa ini untuk mengadakan Majlis Zikir secara bulanan bermula bulan Januari 2013 dan berterusan pada   sabtu terakhir setiap bulan. Ini bererti bagi bulan Januari ini akan diadakan sekali lagi pada akhir bulan ini nanti.

Pada pertemuan hari ini di Surau Taman Austral, solat hajat, zikir dan tazkirah dibimbing sendiri oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim. Mesyuarat juga menetapkan agar pada masa akan datang petugas dan pembimbing solat hajat, zikir dan tazkirah digilirkan oleh ahli-ahli yang lain. Majlis kali ini juga diambil kesempatan untuk menyerahkan foto-foto konvokesyen yang diadakan tempohari di Tabung Haji.

Insya Allah, Darussyifa’ Sabah memutuskan untuk membuat pengambilan kedua sesi pengajian. Dalam masa terdekat, iklan rasmi akan dimuat-naik di blog, facebook, dan juga ditampal di masjid-masjid. Tarikh pendaftaran ialah dari sekarang sehingga 1 Mac 2013. Tarikh bermulanya kelas pengajian akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat lampu hijau dari Darussyifa’ Bangi bagi mendapatkan tarikh Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din melancarkan kelas berkenaan.

Majlis Zikir DS (2) Majlis Zikir DS (3) Majlis Zikir DS (4) Majlis Zikir DS (5) Majlis Zikir DS (6) Majlis Zikir DS (7)

 

Biasanya makan malam diadakan pada penghujung tahun. Berlainan pula kali ini kami di Maahad Tahfiz mengadakan makan malam awal tahun 2013 kerana pelbagai program sudah berlangsung pada akhir tahun 2012. Kalau akhir tahun 2011 makan malam diadakan di sebuah hotel, kali ini majlis diadakan secara sederhana sahaja di dewan al-Azhar Maahad Tahfiz.

Pun begitu, majlis tetap meriah dengan acara makan-makan dan cabutan bertuah yang diusahakan oleh pihak persatuan pelajar. Harapan saya semua pihak – pentadbiran, pensyarah dan siswa-siswi, memulakan tekad dan azam baru demi meningkatkan martabat tahfiz al-Quran secara khusus.

Makan Malam MTQQ (1) Makan Malam MTQQ (2) Makan Malam MTQQ (3)

%d bloggers like this: