Archive for 3 Januari 2013


SMK Pengiran Omar (1)

Rumah lokasi saya dilahirkan.

26 Disember 2012, ketika kami pulang dari Lawas Sarawak melalui daerah Sipitang, saya banyak bertanya dengan bapa tentang kisah-kisah lama khususnya ketika kehidupan kami di daerah Sipitang. Saya dilahirkan di daerah bertuah ini ketika bapa menjadi pengetua di SMK Pengiran Omar pada akhir 70an hingga awal 80an.

Sedikit kesempatan yang ada, kami limpas dan melihat-lihat kawasan persekitaran sekolah. Barangkali beliau mahu mengimbas nostalgia lamanya di sini. Beliau melihat dan kami berhenti sebentar di hadapan rumah-rumah guru. Tidak banyak berubah, katanya sambil menunjuk rumah di mana saya dilahirkan 33 tahun lalu.

Walaupun sudah ada flat guru di dalam kawasan persekolahan, rumah guru yang sudah lama itu patut ada pembelaan, dibaiki atau dibuat baru, katanya. Satu sisi yang lain, di dalam kawasan sekolah sudah ada perubahan fizikal walaupun kami tidak masuk ke dalam kawasan sekolah yang pernah mencetak nama beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu.

Kami meneruskan perjalanan ikut laluan kampung. Melimpasi SMK Pengiran Omar 2 yang cantik. Beliau mengomentar lagi dengan mengatakan sepatutnya nama tokoh tempatan lain di daerah ini diangkat sebagai nama sekolah. Beliau yakin, Sipitang tidak ketandusan tokoh untuk ditonjolkan namanya, bukan sekadar Allahyarham Pengiran Omar.

SMK Pengiran Omar (2) SMK Pengiran Omar (3)

Sekolah 2013 (1)

Sekolah lama – SK Kem Lok Kawi

Seperti orang lain yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, kami juga tidak ketinggalan untuk mengurus dan mengatur persekolahan musim baru 2013. Permulaan musim tahun ini saya mulakan dengan mengurus pertukaran sekolah 3 orang anak kami – Nuha, Hana & Abd Hadi.

Sebelum ini Nuha dan Hana bersekolah di SK Kem Lok Kawi, sementara Abdul Hadi sudah mendapat tempat untuk darjah 1 sesi 2013 di sekolah yang sama. Justeru pada hari pertama persekolahan 2 Januari semalam saya mengurus pertukaran di sekolah lama sementara anak-anak tidak ke sekolah lagi seperti orang lain.

Pilihan sekolah kali ini ialah SK Kg Contoh. Alhamdulillah, dengan bantuan Cikgu Hajjah Nur Azalina, PK SK Petagas, pertukaran anak-anak kami tidak melalui Pejabat Pelajaran Daerah Penampang. Urusan yang pada awalnya kelihatan sulit kerana beberapa masalah teknikal dan kesilapan manusia akhirnya dimudahkan oleh Allah SWT jua.

Sementara dua anak kami memula dan meneruskan pelajaran di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) asy-Syakirin Taman Sri Kepayan yang merupakan premis PASTI terbaru. Lu’lu Badriyyah sebelum ini belajar di PASTI Nur Fathonah Taman Pasir Putih Putatan, sementara adiknya Aina’ Salsabila baru saja memasuki pra sekolah PASTI ini.

Semoga pelaburan ini menjadi aset penting kami dan ummah seluruhnya bagi melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Sekolah 2013 (2) Sekolah 2013 (3) Sekolah 2013 (4)

%d bloggers like this: