Archive for 2 Januari 2013


Lokasi : Daerah Putatan

Tarikh : 1 Januari 2013 (12.00 tengah malam – 5.00 pagi)

Peserta Operasi : JHEAINS, Majlis Daerah Putatan, Pejabat Daerah Putatan, PDRM, RELA dan juga pihak media.

Jumlah Tangkapan :

Khalwat : 4 pasang (8 orang)

Judi : 7 orang

Arak : 11 orang

Satu pasangan yang ditangkap di sebuah hotel sekitar Putatan berumur 16 tahun (perempuan) dan pasangannya berumur 21 tahun. Sepasang lagi merupakan pelajar IPT berasal dari Sarawak yang menuntut di Kota Kinabalu. Seorang lagi lelaki muslim dari Petagas ditahan kerana berkhalwat dengan wanita beragama Kristian.

Tujuh lelaki lain juga ditahan kerana berjudi di sebuah pusat siber. Pusat siber berkenaan juga diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen. Antara mereka yang ditahan kerana kesalahan meminum arak ialah 2 orang wanita tempatan muslim berumur 24 dan 31 tahun. Salah seorang mereka mengaku sebagai ibu tunggal tanpa kahwin.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada mereka, memberi kekuatan kepada semua petugas penguatkuasa melaksanakan kerja-kerja mencegah kemungkaran, serta menyelamatkan kita semua daripada bala bencana akibat kemurkaan Allah SWT.

Ops 2013 (1) Ops 2013 (2) Ops 2013 (3) Ops 2013 (4) Ops 2013 (5) Ops 2013 (6) Ops 2013 (7) Ops 2013 (8)

 

Kelas Tahfiz Hujung Minggu (KTHM) sudah genap sebulan. Saya tidak menjangka untuk keseluruhan pesertanya dari ketiga-tiga kategori – kanak-kanak, remaja dan dewasa sudah melebihi 60 orang. Pada asalnya saya bukanlah menghitung-hitung sangat jumlah penyertaan, tetapi rupanya buku tajwid yang menjadi rujukan kami sudah habis sedangkan saya menempah lebih 60 buah buku.

Untuk sesi kanak-kanak baru ini, kelas terpaksa dipindahkan sementara di ruang surau kerana kelas A & B digabungkan dan jumlahnya sudah melebihi muatan kelas. ¬†Saya tidak menjangka rupanya sehingga kini penyertaan sentiasa bertambah sama ada bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Saya juga ‘terpaksa’ menerima penyertaan kanak-kanak seawal 6 tahun yang sangat pintar, kerana kebolehan hafazannya seperti anak-anak 10-11 tahun.

KTHM M4 (1) KTHM M4 (2) KTHM M4 (3) KTHM M4 (4)

KTHM M4 (5) KTHM M4 (6) KTHM M4 (7) KTHM M4 (8) KTHM M4 (9) KTHM M4 (10) KTHM M4 (11) KTHM M4 (12) KTHM M4 (13)

KTHM M4 (14) KTHM M4 (15) KTHM M4 (16) KTHM M4 (17) KTHM M4 (18) KTHM M4 (19)

%d bloggers like this: