Tangkal

Azimat atau tangkal selalu dipanggil dengan ungkapan ‘jimat’ atau gimat oleh masyarakat kami. Ketika zaman kanak-kanak, apabila bercampur dengan masyarakat mendengar cerita mereka, azimat disebut sebagai ‘jimat’ atau ‘gimat’.

Azimat yang dibentang kepada saya baru-baru ini dibawa oleh seorang sahabat yang sebelum itu menerima daripada orang lain. Demikianlah budaya sebahagian masyarakat yang masih terpengaruh dengan amalan salah seumpama ini, beramal dan menggunakan azimat di dalam kehidupan seharian. Ada yang membawanya di dalam dompet, ikat di pinggang, di baju dalam, di kereta dan sebagainya.

Yang nyata, azimat, tangkal dan wafak tidak memberi apa-apa kebaikan, kekuasaan dan sebagainya dalam kehidupan. Bahkan menjadikan pengamalnya mendapat dosa kerana berlaku syirik kepada Allah.