Archive for 18 Disember 2012


Takiri

Sumber : di sini

Gombak: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairudin Aman Razali Attakiri menggesa Ulama Pelapis membina keterampilan diri pada usia muda ini kerana para ulama terkemuka telah menjadi terkenal sebelum mencapai usia 40 tahun. Segala ilmu yang dikuasai ialah berdasarkan kepada pembacaan dan penguasaan ketika usia muda.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tajnid al-Judud, program perkaderan Ulamak Pelapis Pusat yang diadakan di KUIZM pada Hari Sabtu yang lalu. Program ini telah mendapatkan sambutan yang baik dengan kehadiran dari peserta yang mencecah 200 orang dari kalangan graduan pengajian Islam, sejak 5 tahun kebelakangan. Ia merupakan program yang dirancang untuk menyusun tenaga baru di kalangan graduan muda untuk membantu Dewan Ulama khasnya dan PAS amnya.

Menurut Dr. Khairudin lagi, Tuan Guru Presiden telah menjadi popular dengan “Amanat Haji Hadi” ketika usia beliau 38 tahun. Ini menandakan usaha menjadi ulama yang terkemuka perlu dibina pada usia yang muda. Ketika usia muda, sementara tanggungjawab masih tidak banyak, banyak masa boleh dihabiskan untuk membaca, menulis dan sebagainya. Justeru, graduan dalam pengajian Islam perlu memanfaatkan masa dan ruang yang ada dalam membina kemampuan peribadi dari sudut akademik dan membina ketrampilan diri sebelum menjadi sibuk dengan tanggungjawab yang banyak akan dipundakkan kepada mereka apabila mencecah usia matang nanti.

Beliau menasihatkan para Ulamak Pelapis, khasnya graduan yang baru agar meminta kerja, bukan menanti kerja datang. Bukan mencari jawatan, tetapi mencari kerja untuk membantu gerak kerja Islam. Beliau memberikan beberapa contoh peribadi beliau dalam menjalankan kegiatan parti sehingga jawatan yang disandang oleh beliau sekarang.

Dalam majlis yang sama, Ketua Ulamak Pelapis PAS Pusat, menasihatkan semua Ulamak Pelapis agar membantu Dewan Ulama khasnya dalam berhadapan dengan pilihanraya 13 ini. Beliau menyarankan agar peluang ini diambil untuk meneguhkan saf ulama pelapis di semua peringkat agar usaha memperkasa kepimpinan Ulama mencapai sasarannya.

Danial, Dani & Danish (1)

Selesai percutian bermakna di kampung, kerinduan terhadap keluarga besar terubat apabila satu demi satu ahli keluarga pula bercuti ke tanah besar Sabah. Mereka dengan keluarga masing-masing, singgah dan berziarah pula ke rumah kami.

Baru semalam lepas, Danial dan adik-adiknya – Danisha, Danish dan Dani Iman bermalam di rumah. Ada juga sedikit masa untuk anak-anak bermain bersama-sama di sini. Terima kasih berkunjung ke rumah kami. Nanti datang lagi.

Danial, Dani & Danish (2) Danial, Dani & Danish (3) Danial, Dani & Danish (4) Danial, Dani & Danish (5) Danial, Dani & Danish (6)

%d bloggers like this: