
Jika minggu pertama pada 1 dan 2 Disember, kelas hanya sekadar pengenalan dan taklimat kelas serta perkongsian beberapa kaedah menghafaz al-Quran diikuti dengan tasmik surah al-Fatihah sahaja, sementara minggu ke-2 pula kelas bercuti, kini minggu ketiga sesi tasmik bermula.
Sehingga minggu ke-3 (pertemuan kedua) ini, jumlah penyertaan keseluruhan sudah melebihi 40 orang. Pilihan pakejnya, sudah tentu majoriti memilih untuk menghafaz surah-surah lazim. Ada beberapa orang memilih pakej B, iaitu juzu’ ‘Amma (juzu 30), ada seorang yang (remaja) memilih pakej C iaitu surah-surah pilihan dan ada 2 orang kanak-kanak memilih pakej D – kedua-duanya menghafaz juzu’ 28.
Keseluruhannya untuk sesi kali ini, boleh dikatakan 90% dapat menghafaz dengan baik, hanya sedikit-sedikit perlu diperbaiki di sana sini kelemahan tajwid tetapi itu sudah tentu mengambil masa dengan sesi tajwid yang akan diajar di dalam kelas ini.
Barangkali antara rintangannya ialah apabila peserta – terutamanya dewasa – yang kebanyakannya sebelum ini pernah menghafaz surah-surah lazim versi zaman kanak-kanak dan muda-muda tetapi sedikit sebanyak bacaannya mengandung kesalahan yang sudah melekat sekian tahun lamanya, jadi agak sukar juga untuk diperbetulkan. Namun kesungguhan mereka tetap saya hormati.
Yang penting bersabar dan istiqamah untuk menghafaz mengikut kemampuan masing-masing serta berdoa memohon inayahNya agar dipermudahkan menghafaz al-Quran al-Karim. Insya Allah.
KELAS KANAK-KANAK – PAGI SABTU

KELAS DEWASA SETIAP SABTU MALAM AHAD

KELAS DEWASA AHAD MALAM ISNINÂ
