Archive for 15 Disember 2012


Masjid al-Aman Pasar Sinsuran

Khatib : Imam Abdullah Bakaran

Lokasi : Masjid al-Aman Sinsuran Kota Kinabalu

Malaysia merupakan negara kelima terpantas dari segi pertumbuhan epidemik HIV di rantau Asia Pasifik dengan transmisi (pemindahan) virus melalui hubungan seks dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tahun. Ia memberi gambaran bahawa rakyat negara ini kurang memberi perhatian terhadap wabak berbahaya tersebut. Kebanyakannya enggan dan liat menjalani ujian HIV kerana merasakan diri tidak mungkin dijangkiti.

Sikap itu adalah ekoran salah tanggapan yang melabelkan hanya orang tidak bermoral atau golongan pelacur dan golongan homoseksual sahaja yang akan dijangkiti HIV. Padahal, hakikatnya walaupun bukan pekerja seks atau pengamal seks sejenis mahupun penagih yang berkongsi jarum suntikan, seseorang itu juga tidak selamat. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu ialah pasangan yang setia kepada tiga kumpulan terbabit atau anak kepada orang yang dijangkiti atau pembawa HIV positif.

Fakta ini mungkin sukar diterima, tetapi tidak lagi menjadi rahsia bahawa peningkatan kes HIV di Malaysia adalah akibat semakin ramai lelaki kini pengamal biseksual. Mereka hidup dalam dua alam, iaitu hidup secara terbuka sebagai seorang lelaki normal, berkahwin dan mempunyai anak tetapi secara sembunyi terus mengamalkan kehidupan tidak bermoral, lalu memindahkan HIV kepada isteri dan anak-anak.

Kes pertama AIDS di Malaysia dikesan 25 tahun yang lepas iaitu pada 1986 dan sehingga Disember tahun 2011 terdapat seramai 94,000 kes yang telah dilaporkan dan sejumlah 17,686 pesakit AIDS manakala 14,986 kematian telah dilaporkan. Bagi negeri Sabah, dilaporkan bahawa sebanyak 1,347 orang dijangkiti HIV dan 453 orang menghidap AIDS sejak 1991 sehingga 2011. Daripada jumlah itu sebanyak 185 kematian direkodkan.

Antara daerah yang merekodkan kes terttinggi HIV dan AIDS pada tahun 2011 adalah Kota Kinabalu iaitu 59 kes (HIV) dan 30 kes (AIDS), Tawau 27 kes (HIV) dan 15 kes (AIDS), Sandakan 18 kes (HIV), 7 kes (AIDS) dan diikuti Daerah Lahad Datu yang merekodkan satu kes HIV dan satu kes pengidap AIDS. Punca jangkitan di Sabah kebanyakannya disebabkan hubungan seks berbilang pasangan dengan 1,235 orang atau 91.7 peratus kes melibatkan HIV, manakala melalui jarum suntikan melibatkan 32 orang atau2.4 peratus.

Sungguhpun kini belum ditemukan ubat yang benar-benar mujarab merawat HIV/AIDS yang membawa maut, namun pencegahan awal adalah sebaik-baik langkah bagi mengelak jangkitan. Untuk ini, vaksin terbaik menangani wabak HIV ialah melalui pendidikan. Katakan “Tidak, kepada AIDS!” dengan menjauhi segala perlakuan yang boleh mendedahkan kita dan orang yang tersayang kepada risiko jangkitan.

Ilmu pengetahuan serta kesedaran mengenai penyakit berbahaya ini penting kerana musuh sebenar manusia berhubung AIDS bukanlah virus HIV dan penyakit yang timbul akibatnya tetapi adalah sebenarnya kejahilan mengenai perkara itu. Disebabkan kejahilanlah, seseorang itu terdedah kepada penyakit AIDS dan virus HIV, khususnya di kalangan wanita yang tidak mengetahui kedudukan dan aktiviti pasangannya.

Akibat kejahilan jugalah orang yang menghidap jangkitan HIV dan penyakit AIDS gagal mendapat rawatansewajarnya. Kejahilan jugalah merupakan punca golongan dijangkiti HIV serta pesakit AIDS menjadi mangsa penyisihan masyarakat dan selanjutnya menjadikan mereka menjalani hidup dengan penuh derita.

Bengkel@MTQQNS (1)

Bengkel ini diadakan pada 10-13 Disember di Dewan al-Azhar Maahad Tahfiz bagi membantu para siswa siswi memahami topik-topik yang diajar dalam kelas mengikut sukatan pengajian masing-masing. Semua siswa siswi terlibat dalam bengkel ini dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh para penceramah.

Ada penceramah dari luar maahad, antaranya Ustaz Bahtiar Hud, Ustaz Akbar Hussin, Ustaz Junaidi Mohd Noh dan lain-lain, manakala beberapa pensyarah maahad sendiri turut terlibat mengambil bahagian untuk beberapa subjek lain. Dengan bengkel yang diadakan ia memudahkan pengajian dalam bilik kuliah selepas ini, bahkan meringankan para pensyarah yang memegang subjek yang berkenaan.

Bengkel@MTQQNS (2) Bengkel@MTQQNS (3) Bengkel@MTQQNS (4) Bengkel@MTQQNS (5) Bengkel@MTQQNS (6) Bengkel@MTQQNS (7) Bengkel@MTQQNS (8)

%d bloggers like this: