Archive for 14 Disember 2012


kelas

Alhamdulillah, salah seorang sahabat kami telah meluangkan masa membuatkan satu ‘halaman fb’ bernama Kelas Tahfiz Hujung Minggu agar catatan, makluman serta kenangan kelas ini dapat dirakamkan lewat halaman ini.

Ia juga satu medan bagi pesertanya berinteraksi dan berkongsi pengalaman. Halaman ini baru sahaja dibikin hampir seminggu yang sudah dan belum banyak yang terisi. Kepada kawan-kawan fb saya dan pembaca blog yang saya hormati, semuanya saya alu-alukan untuk klik ‘like/suka’.

RasmUthmani@Bft (3)

Alhamdulillah, saya dapat menyertai rombongan Unit Penerbitan al-Quran KDN Sabah dalam program Seminar Rasm Uthmani Peringkat Daerah Beaufort pada 12 Disember lepas di Dewan Pa’ Musa.

Dalam seminar berkenaan, saya diminta membentangkan dua tajuk iaitu berkenaan Sejarah Penulisan al-Quran Rasm Uthmani dan Kaedah Penandaan (Dhabt) al-Quran dalam masa sekitar sekitar 2 setengah jam, satu masa yang sangat suntuk sebenarnya untuk menerangkan kepada audien tentang ilmu al-Quran yang amat luas ini.

Kami dimaklumkan program berkenaan menarik peserta lebih 200 orang, satu jumlah yang mengatasi sasaran penganjur. Kehadiran terdiri daripada para imam, dan guru-guru KAFA JAKIM daerah Beafort ini. Itu pun program ini diadakan ketika musim sekolah, jika tidak barangkali kehadiran lebih ramai dengan guru-guru Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran dan ustaz ustazah sekolah-sekolah JHEAINS.

Selesai majlis penutupan oleh ADO Beaufort, sempat juga makan tengahari bersama-sama tetamu. Bersama saya juga ialah Imam Muda Ali Khairuddin yang merupakan seorang guru KAFA dan menjadi salah seorang peserta seminar ini di sini.

Puan Roslina Rosli, Pengarah IPQ Sabah ada memaklumkan bahawa beberapa daerah telah menempah program yang sama untuk diadakan pada tahun 2013. Insya Allah jika dipanjangkan umur, akan bertemu lagi dengan program yang sama pada masa akan datang, itu pun jika penganjur berminat dengan saya. Hihi..

RasmUthmani@Bft (1) RasmUthmani@Bft (2) RasmUthmani@Bft (4)
RasmUthmani@Bft (5)
RasmUthmani@Bft (6)

%d bloggers like this: