Kampung (1)

Kira banyak jugalah pengisian sempena percutian ke kampung kali ini. Selain program utama meraikan kenduri perkahwinan adik bungsu kami, ini kesempatan mengeratkan ukhuwah keluarga kami dan keluarga besar ini.

8hb, sempena kehadiran keluarga besar dari Brunei, Kota Kinabalu dan Pahang, jamuan makan malam diadakan. Seronok juga berkumpul beramai-ramai, disamping menyambut ulangtahun salah seorang anak buah kami, Dani Iman ke-2 tahun.

9hb, kami semua sibuk untuk majlis kenduri kendara. Ada dua majlis yang disekalikan. Slot pertama ialah majlis meraikan dua anak buah kami yang selamat berkhatan pada awal cuti sekolah. Slot kedua ialah kenduri perkahwinan adik kami versi Labuan.

10hb, banyak masa rehat dan berkemas, hanya sebelah petang bejaur ke bandar dan singgah main bowling di Ujana Kewangan. Lewat petang, bersama anak-anak buah lain singgah pula ke taman di Pancur Hitam yang menjadi lokasi wajib kami apabila balik ke Labuan.

Kampung (2) Kampung (3) Kampung (4) Kampung (5)Kampung (6)Kampung (7) Kampung (8) Kampung (9) Kampung (10) Kampung (11)