Archive for 4 Disember 2012


Presentation1

Sumber : http://jomfaham.blogspot.com/

Soalan : Adakah kita boleh menghadiahkan pahala kepada orang yang masih hidup ?

Jawapan : Ketika berkorban, Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam menyembelih dua ekor kambing. Untuk kambing yang pertama Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda :

هذا لي و لأهل بيتي

Maksudnya : Ini adalah untukku dan untuk ahli keluargaku

Manakala kambing yang kedua, Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda :

هذا لأمتي التي لم تضح

Maksudnya : Ini adalah untuk umatku yang tidak melakukan ibadah korban.

Dalam hadith lain, Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda :

صليت مع رسول الله عيد الأضحى فلما انصرف أتي بكبش فذبه فقال : بسم الله و الله أكبر اللهم عني و عمن لم يضح من أمتي

Maksudnya : Aku (Jabir) pernah sembahyang bersama RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pada Hari Raya Korban. Ketika Baginda berpaling, dibawa kepada Baginda seekor biri-biri, lalu Baginda pun menyembelihnya dan berkata : Dengan nama Allah, Allah maha Besar, Ya Allah inilah korban daripadaku dan untuk mereka yang tidak berkorban daripada umatku. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at Tirmidzi)

Ulama mengatakan bahawa ini adalah dalil yang menunjukkan kita boleh menghadiahkan kepada orang yang masih hidup. Demikian juga membaca al Fatihah atau bacaan-bacaan lain kepada orang tua yang masih hidup.

Rujukan  : Muhadir bin Hj Joll, Q & A bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al Makki, m/s 49-50, Cetakan 2012, PSN Publication, Selangor.

Kelas Tahfiz Hujung Minggu (3)

Hati saya berdebar menanti tarikh 1 Disember 2012.

Inilah permulaan bagi pelaksanaan hajat kami untuk mengadakan Kelas Tahfiz Hujung Minggu yang kami rencanakan lebih sebulan lalu. Alhamdulillah, sambutan terhadap kelas ini sangat baik dengan penyertaan (setakat ini) keseluruhannya lebih 50 orang. Insya Allah ada yang sudah menzahirkan hasrat untuk turut serta atau menghantar anak-anak dalam tempoh terdekat.

Suka saya nyatakan watak yang berperanan ialah sahabat kami Cikgu Nik Suhaimi, seorang guru di SK Pulau Sepanggar. Memang niat dan hasrat saya sudah lama untuk membuka kelas seumpama ini kepada orang awam. Niat asal kelas ini ialah untuk orang dewasa, kemudian diperluaskan kepada kanak-kanak dan remaja.

Cikgu Nik dan saya sependapat, mungkin satu ketika dahulu ada orang yang bercita-cita untuk masuk ke maahad atau sekolah tahfiz tetapi terhalang dengan pelbagai sebab. Mungkin kelulusan akademik tidak mencukupi, ibu bapa tidak benarkan, atau kerana tidak tahu apa itu tahfiz. Sesudah hidup berkeluarga, baru tahu tentang keutamaan dan kelebihannya.

Jadi kewujudan kelas ini mungkin membantu merealisasikan cita-cita mereka yang tertangguh sejak puluhan tahun sudah. Walaupun mungkin tidak lagi mampu menghafaz keseluruhan al-Quran, menghafaz surah-surah tertentu, atau tasmik semula surah-surah lazim dalam bentuk kelas bersama kawan-kawan sebaya pun sudah memadai.

Seperkara lagi, kelas ini tetap terbuka kepada peminatnya walaupun ia sudah bermula sejak 1 Disember lepas. Ini kerana soal surah atau ayat apa yang dihafaz setiap minggu adalah mengikut kemampuan masing-masing dan dihafaz di rumah. Kelas hanya menyediakan tempat dan sesi tasmik (memperdengarkan) hafazan serta kelas tajwid mengikut buku yang disediakan.

Tahniah kepada semua yang turut serta termasuk ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke dalam kelas ini.

Jadual : Kanak-Kanak Setiap Sabtu (8.30 – 10 pagi atau 10.30-12 tengahari). Remaja Setiap Khamis (8-9.30 malam) Dewasa Sabtu Malam Ahad atau Ahad Malam Isnin (8-9.30 malam). Semua kelas berlangsung di Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral bersebelahan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral.

Kelas Tahfiz Hujung Minggu (1)Kelas Tahfiz Hujung Minggu (2)Kelas Tahfiz Hujung Minggu (4)Kelas Tahfiz Hujung Minggu (5)

%d bloggers like this: