Kredit foto : FB Jaafar Othman
Saya dimaklumkan oleh beberapa sahabat yang tinggal di Taman Sempelang Sembulan akan majlis khatan beramai-ramai melibatkan sekitar 30 kanak-kanak diadakan di Surau Nahdhatul Ilmiah Taman Sempelang pada hari ini. Seorang sahabat turut mengundang saya membuat sedikit liputan tetapi saya berhalangan kerana aktiviti lain yang sudah disusun sebelum itu. Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan maklumat khususnya foto-foto majlis berkenaan.
Meriah juga program mereka dengan majlis perarakan diiringi solawat dan kompang, juga yang turut dimeriahkan oleh penduduk taman Grace Court Sembulan dan Kampung Sembulan Baru. Turut kelihatan, petugas-petugas jabatan hospital, sepasukan petugas Bomba, RTM dan media yang membuat liputan, beberapa orang ustaz dan imam yang turut memeriahkan majlis berkenaan. Sesungguhnya ia akan menjadi kenangan kepada anak-anak berkenaan satu hari nanti akan suatu syariat yang dituntut dilakukan keatas mereka.
Tahniah kepada semua anak-anak, penduduk taman serta semua yang terlibat.