Archive for 28 November 2012


Ruqyah @ Masjid Sembulan

Ketika menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Kampung Sembulan Lama setiap ahad malam isnin, suatu ketika saya pernah menceritakan kepada jamaah tentang konsep dakwah dan pembahagiannya. Bahawa dakwah itu bukan sekadar berceramah semata-mata, tetapi ada dakwah secara lisan, dakwah dengan penulisan dan dakwah dengan aktiviti.

Sementelahan masjid pula menjadi pusat perkembangan dakwah dan kesatuan umat, saya mencadangkan aktiviti masjid diperkembangkan daripada sekadar lokasi solat berjamaah, kuliah dan ceramah sahaja, bahkan juga apa sahaja aktiviti yang baik merangkumi keperluan lelaki dan perempuan, tidak kira kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Antara keperluan dakwah hari ini ialah berkenaan rawatan pengubatan secara Islam, khususnya setelah melihat ramainya umat Islam Рwalaupun dia ahli masjid dan surau sekalipun, yang masih tergamak mendatangi bomoh dan pawang. Masalah ini hendaknya dirawat secara bijak oleh juru dakwah dengan menyediakan khidmat seumpama ini pada masa tertentu. Seringkali saya catatkan, berubat dengan dukun dan seumpamanya sangat berkait dengan  aqidah, syariat dan akhlak.

Maka sejak 3-4 bulan kebelakangan, di Masjid Kg Sembulan Lama ini diadakan rawatan secara bulanan, ahad malam isnin, selepas solat isyak, iaitu ahad terakhir setiap bulan. Setakat ini, memang akan ada yang memerlukan khidmat ini walaupun sekadar 4-5 orang sahaja. Insya Allah, selagi ada kudrat dan kemampuan, kerja dakwah seumpama ini akan diteruskan. Rawatan ini akan diketuai oleh Sdr Hamid Ismail, yang juga anak tempatan kampung ini.

Kepada masyarakat berhampiran yang memerlukan khidmat ini, dipersilakan hadir iaitu ahad terakhir setiap bulan, selepas solat isyak.

Tarikh : 27 November 2012

Lokasi : Petagas

Status : Rumah yang kosong hampir setahun

Aktiviti : Solat hajat, bacaan yasin, azan, ruqyah dan merenjis air dan garam di dalam dan luar rumah.

Ruqyah Rumah @ Petagas (1)Ruqyah Rumah @ Petagas (2)Ruqyah Rumah @ Petagas (3)
Ruqyah Rumah @ Petagas (4)
Ruqyah Rumah @ Petagas (5)Ruqyah Rumah @ Petagas (6)Ruqyah Rumah @ Petagas (7)

 

%d bloggers like this: