Archive for 20 November 2012


Sumber : http://www.islam.gov.my/jakim-hantar-wakil-ke-majlis-pemasyuran-mufti-bosnia-herzagovina

Tajuk Asal : Jakim Hantar Wakil Ke Majlis Pemasyuran Mufti Bosnia & Herzagovina

Pada hariKhamis, 1 Muharram 1434H telah berlangsung Majlis Pemansyuran Grand Mufti & Raisul-Ulama, bagi Negara Bornia & Herzagovina. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah antara tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis yang bersejarah ini. Pada hari tersebut Syeikh Hussin Effendy Kavasovic, 48 telah dimasyurkan sebagai Grand Mufti dan Raisul-Ulama yang Ke 14 menggantikan Syeikh Dr. Mustafa Ceric yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 17 tahun menjadi Mufti Bosnia & Herzagovina.

Syeikh Hussin adalah ulama lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau dipilih secara undian oleh masyarakat  Islam Bosnia, dari kalangan 8 orang Mufti sedia ada yang terdapat di dalam wilayah-wilayah Bosnia & Herzagovina. Majlis pemasyhuran seumpama ini adalah acara tradisi yang telah dilaksanakan di Bosnia & Herzegovina, sejak tahun 1884 M, iaitu ketika di bawah naungan Empayar Uthmaniyah.

Majlis diadakan di Masjid Besar Sarajevo, dihadiri ribuan masyarakat Islam serta lebih 500 orang tetamu jemputan dari dalam dan luar Negara. Majlis ini juga mendapat liputan meluas media tempatan, termasuk siaran langsung oleh dua stesen TV tempatan.Turut hadir ialah perwakilan ulama dari Negara-negara OIC iaituTurki, Saudi Arabia, Mesir, Iran, Kuwait, Indonesia, Pakistan dan lain-lain lagi.

Malaysia diwakili oleh Tn Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, TKP (Dasar) dan Tuan Mohd Hussain Bakar,  Pemangku Duta Besar Malaysia di Sarajevo. Selepas majlis tersebut diadakan jamuan makan malam yang turut dihadiri oleh Presiden Bosnia & Herzegovine, serta pemimpin-pemimpin tertinggi Katholik dan Protestant Bosnia.

Dalam kesempatan tersebut juga TKPD dan Pemangku Duta Besar Malaysia di Sarajevo telah mengadakan kunjung hormat kepada Mufti baru. Pertemuan selama 30 minit itu adalah bagi mengucapkan tahniah bagi pihak Kerajaan Malaysia, di samping membincangkan beberapa isu berkaitan dakwah, pendidikan Islam dan pengurusan halal.

Mufti telah mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang banyak membantu Bosnia selama ini, dan menyatakan harapan yang tinggi kepada Negara-negara Islam, khususnya Malaysia supaya terus memberi sokongan moral dan bantuan bagi membangunkan modal insan masyarakat Islam Bosnia & Herzagovina yang masih dalam keadaan tidak menentu, dari masa ke semasa.

img_3292

Buku yang baru dibaca :

Penulis : Hepi Andi Bastoni

Penerbit : Alam Raya Enterprise Sdn Bhd

Harga : RM15.00/RM17.50

Revolusi Mesir awal tahun lalu telah menghantar seorang anak petani menjadi Presiden. Dia memang belum lama terpilih sebagai Presiden. Namun, pelajaran berharga sudah diperoleh dari dirinya. Pidato yang dia sampaikan penuh dengan nasihat dan pengajaran yang patut diteladani oleh pengatur negara-negara manapun, terutama negara umat Islam.

Dr. Mursi mengajarkan bagaimana sebaiknya pemimpin bersikap. Dia menempatkan dirinya bukan sebagai penguasa, melainkan sebagai pelayan rakyat. Dia menempatkan toleransi di atas segala-galanya. Dia merapatkan perbedaan yang tidak prinsip. Mursi tidak hanya dikenal sebagai ahli akademik yang menyelesaikan program Doktornya di Universiti of Southern California. Dia juga peribadi sederhana yang sangat taat beragama. Dia menjadi presiden pertama Nan Hafiz, hafaz al-Quran 30 juzuk. Tidak hanya dia seorang, isteri dan lima orang anaknya juga hafaz 30 juzuk al-Quran.

Buku ini bertutur tentang biografi Dr. Mursi. Dimulai dari masa kecil hingga dirinya terpilih sebagai presiden. Kemudian menuturkan detik-detik Revolusi Mesir, proses pilihanraya umum hingga terpilihnya dia menjadi Presiden. Sedikit analisis tentang bagaimana kondisi ‘dunia’ setelah terpilihnya Dr. Mursi. Wa bil hal, keadaan Mesir dan Palestin. Diakui, segala penderitaan rakyat Palestin, khususnya Gaza, tidak bole h dipisahkan dengan kebijakan Mesir selama ini.

Dengan terpilihnya Dr. Mursi sebagai Presiden Mesir tentu akan merubah senario Palestin mengingat Presiden Mursi adalah bahagian dari al-Ikhwan al-Muslimun, jamaah yang berada di baris terdepan membela bangsa Palestin bersama dengan kumpulan lainnya.Dan umat di Nusantara, amat bertuah dengan kisah keperihatinan Dr. Mursi, yang datang bersama Badan Kebajikan al-Ikhwan mengunjungi dan membantu rakyat Aceh, setelah tragedi Tsunami yang sangat menyayat hati pada 26 Disember 2004.

Dan yang lebih penting biografinya adalah dia pernah dipenjarakan, sebagaimana pidato Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh menyambut kemenangan Dr. Mursi “bahawa penjara Mesir benar ajaib, masuk ke dalamnya Nabi Yusuf AS dan setelah keluar menjadi pemerintah Mesir pada waktu itu. Beberapa ratus abad kemudian Dr. Mursi yang juga dipenjarakan di tempat ini, keluar dari penjara kemudiannya menjadi Presiden Mesir dengan kehendak Allah, Subhanallah“. – Penerbit.

%d bloggers like this: