Archive for 19 November 2012


MAHYUDDIN & NUR IBA

Selamat Pengantin Baru

Muhammad Mahyuddin Ahmad Shah & Nur Iba Zaini

Taman Sempelang Kota Kinabalu

18 Disember 2012

Baarakallahu lakuma, wa baaraka alaikuma, wa jama’a bainakuma fii khair

k1 k2 k3 k4 k5

masjid bulat (1)

Apabila berziarah ke masjid ini, saya suka melihat pelbagai kemudahan dan siaraya aktiviti yang berlangsung di masjid. Semoga masjid-masjid dan surau-surau kita dapat mencontohi keaktifan masjid ini dan disesuaikan dengan suasana setempat selaras dengan kemampuan pendukung, sarana dan kos yang dimiliki oleh masjid dan surau kita.

*********************************************************************

Sumber maklumat : http://masjidbulat.org/v1/main.html

Masjid ini dinamakan Masjid Tun Abdul Aziz sebagai menghormati dan menghargai jasa-jasa Allahyarham Tun Abdul Aziz, seorang tokoh dan anak watan Selangor kepada negeri Selangor dan negara. Allahyarham Tun Abdul Aziz adalah Menteri Besar Selangor pada tahun 1954, wakil raja-raja Melayu dalam rombongan Merdeka ke London (1956) dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan pusat sebelum berkhidmat sebagai Gabenor negeri Melaka (1971-1975).

Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada 25hb Februari 1977. Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Bulat berdasarkan rekabentuknya dan dikelilingi oleh Jalan Dato’ Abdul Aziz, Jalan 14/20 dan juga Jalan Semangat. Kerja-kerja pembinaan masjid ini bermula pada bulan Mac 1973 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 1976.

Solat Hari Raya Eidul Fitri pertama kali diadakan pada 25hb September tahun yang sama. Kos pembinaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. Pada satu-satu masa masjid ini boleh menempatkan seramai 3,000 orang jemaah lelaki dan 600 orang jemaah wanita.

Masjid Bulat (2)Masjid Bulat (3)Masjid Bulat (5)Masjid Bulat (4)Masjid Bulat (6)Masjid Bulat (7)Masjid Bulat (8)Masjid Bulat (9)Masjid Bulat (10)Masjid Bulat (11)Masjid Bulat (12)Masjid Bulat (13)Masjid Bulat (14)Masjid Bulat (15)Masjid Bulat (16)Masjid Bulat (17)Masjid Bulat (18)Masjid Bulat (19)

%d bloggers like this: