Archive for 17 November 2012


Maahad kami menganjurkan ceramah khas sempena ketibaan tahun baru 1434 Hijrah di Surau ar-Rahman dengan dihadiri oleh semua siswa-siswi serta para pensyarah. Ceramah kali ini disampaikan oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim, Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Sabah & Pengerusi Darussyifa’ Negeri Sabah.

Sebagai tokoh yang pernah mengasaskan maahad ini di peringkat awal, Ustaz Muchlish bijak menyesuaikan contoh-contoh yang berlaku dalam sirah hijratur Rasul SAW dengan keadaan dan kehidupan sebagai para penghafaz al-Quran. Paling penting, ustaz menasihatkan agar para siswa-siswi meningkatkan usaha sebagai persediaan sebelum terjun ke dalam dunia dakwah tidak lama lagi. Pelaksanaan dakwah adalah mesej besar dalam hijrah Nabi SAW.

Sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat membina hubungan persaudaraan antara muhajirin dan ansor, penceramah juga menekankan perkara yang sama iaitu membina jaringan ukhuwah dengan pelbagai pihak demi kemaslahatan dakwah. Begitu juga dengan kesungguhan para sahabat mengukuhkan ibadah khusus dan umum mesti dicontohi sehingga mereka menjadi contoh sepanjang sejarah perjuangan umat Islam hingga akhir zaman.

Sumber : http://jomfaham.blogspot.com/

Soalan :

Kayu kokka dikatakan mempunyai banyak kelebihannya dan telah digunakan oleh para nabi sebagai bukti kekuasaan Allah subahanahu wa Ta’ala dalam memberikan perlindungan dan penawar kepada manusia. Jadi bolehkah kita menggunakan tasbih daripada kayu kokka ?

Jawapan Syeikh Nuruddin Al Banjari : 

Kokka ialah sejenis buah keras, besar sedikit daripada buah pinang. Ubat-ubatan yang kita guna, ada untuk sakit gigi, sakit kepala dan sakit perut. Orang minum air tongkat ali ada khasiatnya. Dikatakan, jika airnya diminum ia boleh menyembuhkan sakit gigi, menghilangkan sakit kepada dan tidak perlu kepada dalil. Ia adalah suatu penemuan.

Jika dikatakan sesiapa yang menggunakan tasbih kayu kokka akan masuk syurga atau dikatakan sekali berzikir dengan sebiji tasbih kokka akan digandakan 100 kali ganda, maka baharulah perlu kepada dalil. Tidak salah jika sentiasa menggunakan tasbih kayu kokka.

Contoh, seseorang yang sangat meminati kayu kayan sehingga seluruh rumahnya dibina daripada kayu termasuklah perabot dan peralatan-peralatan di dalam rumah. Adakah menggunakan kayu secara berterusan juga dilarang ? Begitulah juga orang yang selalu menggunakan tasbih kayu kokka, tidak ada salahnya.

Sumber : Muhadir bin Hj Joll, Q & A bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al Makki, m/s 32, Cetakan 2012, PSN Publication, Selangor.

%d bloggers like this: