Foto di atas ialah jadual perkhidmatan pengubatan Islam kelolaan Darussyifa’ Bandar Sierra yang siap dirasmikan oleh Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebulan lalu.

Alhamdulillah menurut maklumat kawan-kawan yang ditugaskan sebagai perawat-perawat Darussyifa’ Bandar Sierra, sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat begitu memberangsangkan untuk mendapatkan rawatan secara syarie, sama ada yang berkaitan dengan penyakit zahiriah atau gangguan makhluk halus, sekaligus menjadi medan dakwah untuk memberitahu kepada mad’u akan hakikat rawatan secara Islam sama ada dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Saya bersama siswa Maahad – Shahrizzan Muslimin singgah ke sini untuk meninjau kesibukan mereka. Kelihatan antara sahabat-sahabat kami iaitu Ustaz Nik Anwar, Haji Dzulbokhari, Hamid Ismail, Ustaz Baharuddin dan ramai lagi. Menjadi kebiasaan juga, selepas sesi rawatan akan ada sahaja kalangan perawat ini bergilir-gilir secara sukarela membawa jamuan sambil bertukar-tukar pendapat, ilmu dan pengalaman sepanjang rawatan yang kadang-kadang berlanjutan lewat tengah malam.

Sertai facebook  di sini : http://www.facebook.com/darussyifa.bandarsierra untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti semasa.