Archive for 12 November 2012


Foto di atas ialah jadual perkhidmatan pengubatan Islam kelolaan Darussyifa’ Bandar Sierra yang siap dirasmikan oleh Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebulan lalu.

Alhamdulillah menurut maklumat kawan-kawan yang ditugaskan sebagai perawat-perawat Darussyifa’ Bandar Sierra, sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat begitu memberangsangkan untuk mendapatkan rawatan secara syarie, sama ada yang berkaitan dengan penyakit zahiriah atau gangguan makhluk halus, sekaligus menjadi medan dakwah untuk memberitahu kepada mad’u akan hakikat rawatan secara Islam sama ada dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Saya bersama siswa Maahad – Shahrizzan Muslimin singgah ke sini untuk meninjau kesibukan mereka. Kelihatan antara sahabat-sahabat kami iaitu Ustaz Nik Anwar, Haji Dzulbokhari, Hamid Ismail, Ustaz Baharuddin dan ramai lagi. Menjadi kebiasaan juga, selepas sesi rawatan akan ada sahaja kalangan perawat ini bergilir-gilir secara sukarela membawa jamuan sambil bertukar-tukar pendapat, ilmu dan pengalaman sepanjang rawatan yang kadang-kadang berlanjutan lewat tengah malam.

Sertai facebook  di sini : http://www.facebook.com/darussyifa.bandarsierra untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti semasa.

Ini betul-betul pengalaman sangat berharga.

Seorang sahabat kami yang menjalani pembedahan 2 bulan lepas telah dihubungi oleh pihak hospital agar membantu mereka membuat sesuatu yang perlu menurut syarak tentang masalah yang mereka hadapi. Sahabat saya sendiri itu merasa macam-macam gangguan, ternampak itu dan ini. Apabila dia mengadu kepada jururawat, mereka mengakui puluhan pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di situ mengalami perkara yang sama, tetapi tidak kepada petugas hospital.

Sahabat saya itu dengan permintaan pengurusan wad berkenaan memberitahu masalah berkenaan dan kemudiannya saya mengatur sesi merawat bangunan bersama rakan-rakan Darussyifa’ Sabah yang lain. Sesi rawatan bermula sekitar jam 9 malam, setelah dipastikan beberapa wad tertentu dikosongkan untuk membolehkan solat hajat dan majlis zikir disempurnakan di sana. Seorang pegawai wad turut bersama-sama kami daripada mula sehingga selesai.

Kawasan wad sangat bersih sehingga kami perlu memakai pakaian dan alas kaki yang lain untuk masuk ke dalamnya. Di satu kawasan sasaran, berlaku satu perkara aneh, apabila sahabat kami Hamran setelah merenjis air yang diruqyah tadi, mendapati beberapa titisan darah sedangkan sebelum itu kawasan berkenaan  sangat bersih. Semoga kerja-kerja ini menjadi suatu kebajikan membantu pihak berkenaan memudahkan urusan-urusan pengubatan mereka.

%d bloggers like this: