Archive for 11 November 2012


Alhamdulillah dengan sokongan sahabat-sahabat di Kota Belud, saya bersama Shahrizzan Muslimin – siswa Maahad Tahfiz Sabah – tiba di Masjid Daerah Kota Belud untuk mengisi satu program ceramah khas. Untuk rekod, 3 tahun lalu saya pernah berceramah di masjid yang sama untuk para imam dan bilal bagi persediaan Ramadhan.

Ceramah sekitar 70 minit saya mulakan dengan firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata buat kamu”

Islam yang kita junjung hendaklah ditunaikan secara amali dengan aqidah yang sahih dalam seluruh kehidupan, bukan berpilih-pilih atau pada masa dan tempat tertentu sahaja, kerana Allah SWT yang menjadikan kita telah juga mengatur kehidupan seharian kita bermula bangun tidur sehinggalah kita tidur semula; sehingga Islam itu sesuai dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Sesuatu yang menarik saya dikhabarkan dan dijumpakan dengan seorang pemuda non muslim yang asyik mendengar dan hadir dalam ceramah berkenaan. Mudah-mudahan hidayah Allah SWT untuk beliau tidak lama lagi.

Selamat Pengantin Baru

Muhammad Abduh Abdul Rahman & Mersum Romy

9-11 November 2012

Kg Lembising Putatan / Bukit Vor Putatan

%d bloggers like this: