Perpisahan yang sangat tidak terjangka, kerana Ustaz Mujib – selaku pemakmur setia Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan ini setahu kebanyakan kami belum berhasrat untuk berpindah ke Semenanjung pun. Beliau mengisi borang perpindahan bersama isteri tidak sepenuh hati kerana untuk menyenangkan hati kedua orang tua mereka di Kuala Kangsar Perak.

Belum 10 tahun berjuang di Sabah, lulusan Universiti al-Azhar ini bermula sebagai peniaga keropok lekor di Kepayan Ridge sambil menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu antaranya SK Tg Aru 1 dan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Kemudian memohon KPLI di Maktab Kent Tuaran sehingga ditugaskan sebagai guru di bawah Kementerian Pelajaran bermula di Kota Belud.

Banyak kenangan manis buat Ustaz Mujib di Sabah kerana menurutnya selain bekerja pertama kali di Sabah, beliau juga bertemu jodoh dengan isterinya di Sabah. Meminang bakal isteri di Sabah dengan ditemani oleh Ustaz Mohamad Suaid, Ahmad Pazilah dan lain-lain.

Selamat kembali ke negeri Perak buat Ustaz Mujib sekeluarga, dapat berbakti lebih hampir dengan orang tua sendiri. Semoga kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT dapat dimanfaatkan, serta kenangan manis berjuang bersama-sama di Sabah dalam arena dakwah menjadi amal yang diterima oleh Allah SWT. Kami mengalu-alukan jika Ustaz Mujib berhasrat untuk kembali ke Sabah semula.