Archive for 7 November 2012


Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/14283-yang-membela-islam-tiga-orang-cina

HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam. Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak  wajar membisu apabila agamanya dicerca.

Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan  MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay. Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.

Mereka bukan orang Isalam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing. Hujah biasa jika yang membela Islam itu orang, kerana adalah tanggungjawab orang beriman membela dan menegakkan  Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ia adalah pembuka mata ada wibawa apabila orang yang tiada kepentingan dengan Islam  dan hudud mengira Islam dan hudud telah dicemuh.

Mereka tidak bercadang untuk mendaulatkan Islam seperti yang PAS perjuangkan dan jaga mahu hudud menjadi perundangan seperti yang dituntut oleh Islam, tetapi mereka tidak melihat bijak dan rasional apabila Islam dan hudud dihina begitu rupa. Kewajaran mereka berbuat demikian bukan untuk melihat Islam itu daulatkan tetapi tindakan  MCA itu menggamit keserahan di kalangan rakyat dan negara. DAP belajar dari keterlanjuran pemimpinnya Karpal Singh pernah berkata langah mayatnya jika Islam diperundangkan. Ia pernah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam dan ia menyukarkan DAP untuk menembusi pasaran pengaruh politik.

Kesilapan itu telah dibaiki, Karpal dan DAP tidak lagi dilihat oleh umat Islam di luar UMNO sebagai pencetus ketegangan. Ketiga Cina itu termasuk ketua pemuda DAP, Anthony Loke mahu mewujudkan suasana negara yang aman, adil dan harmoni, menolak provokasi dan penghinaan terhadap Islam yang lakukan oleh MCA itu.

Lebih menjolok mata Perdana Menteri Najib telah diperalatkan oleh  MCA dalam politiknya untuk menyerang Islam dan hudud itu. Soi Lek menjemput Najib merasmikan perhimpunannya dan lepas itu menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang hudud dan PAS. Dengan sendirinya ia menyerang dan menghina Islam.

Syukur orang Islam dapat mengawal sabar dan pendirian tidak bangun menyeru pejabat  MCA dan premis kepunyaan Cina. Tetapi ia telah mengguris perasaan orang Islam. Siapa yang dapat menghalang kalau ada orang Islam yang bangkit bertindak kasar kepada masyarakat Cina. Walaupun ketiga anak Cina memunyai rasa setiakawan yang tinggi terhadap PAS yang ada pakatan dengan DAP, tetapi tindakan spontan mereka atas kecetekan Soi Lek  dan MCAnya adalah untuk mengelakkan ketegangan berlanjutan antara kaum di negara ini.

Bagi membendung api perkauman yang belum benar-benar padam, Sarena Tay menyeru orang Melayu beramai-ramai menyokong PAS. Jika orang  Melayu tidak lagi dalam UMNO, maka perkauman boleh diredakan. Tidak lagi orang yang hendak menyokong MCA. Jika MCA dapat dilumpuhkan, kuranglah puak yang berani mencerca  Islam. Malaysia beruntung ada tiga Cina seperti itu dan orang seperti mereka dipercayai ramai.

SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

1) Jumlah calon yang menduduki peperiksaan SMU 2012 ialah seramai 295 orang dari 7 buah sekolah termasuk 2 buah SABK dan calon persendirian iaitu SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, SMAN Papar, SMAN Pekan Kunak, SMAN Tambunan, SMAN Beaufort, SABK Islamiah Tawau dan SABK al-Irsyadiah Marakau, Ranau.

2) Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 280 orang telah lulus dengan mendapat pelbagai pangkat; 31 orang mendapat mumtaz (11%), 84 orang mendapat jayyid jiddan (28%), 72 orang mendapat jayyid (24%) dan 93 orang mendapat maqbul (32%).

3) Perbandingan secara keseluruhan, peratus tahun ini adalah menurun sebanyak 1% berbanding kelulusan tahun 2011.

4) Seramai 31 orang calon mendapat keputusan cemerlang (mumtaz) : 17 orang pelajar SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, 2 orang dari SMAN Papar, 3 orang dari SMAN Beaufort, seorang dari SMAN Tambunan, 6 orang dari SABK Tawau dan 2 orang dari SMAN Pekan Kunak.

SIJIL RENDAH UGAMA (SRU)

1) Calon-calon yang menduduki peperiksaan SRU bagi tahun 2012 ialah seramai 4595 orang terdiri dari 104 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) JHEAINS dan 93 buah sekolah Sekolah Agama Rakyat (SAR).

2) Daripada jumlah 4595 calon berkenaan, seramai 2840 orang calon lulus dengan mendapat pelbagai pangkat, iaitu : 18 orang mendapat mumtaz (0.4%), 201 orang mendapat jayyid jiddan (4.4%), 1647 orang mendapat jayyid (35.8%) dan 1974 orang mendapat maqbul (43%).

3) Perbandingan secara keseluruhan, peratus tahun ini adalah meningkat sebanyak 0.1% berbanding kelulusan tahun 2011.

4) Daripada 104 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) JHEAINS, sebanyak 17 buah sekolah mendapat kelulusan 100%  dan daripada 93 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR), sebanyak 21 buah sekolah mendapat kelulusan 100%.

5) Sekolah Agama Negeri (SAN) yang mendapat 100% kelulusan ialah : Tebobon Menggatal, Kelanahan Papar, Silabukan Tawau, Merotai Tawau, Pekan Muhibbah Sandakan, Pekan Bukit Garam, Karamunting Sandakan, Kolapis Sandakan, Pimping Membakut, Ulu Sipitang, Pelakat Sipitang, Melalia Sipitang, Taun Gusi Kota Belud, Libang Ranau, Rumah Anak Yatim Tambunan, Kota Ayangan Keningau dan Apin-Apin Keningau.

6) Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mendapat 100% kelulusan ialah : Pusat Pendidikan Islam an-Nur Kepayan, Tanjung Dumpil Petagas, Rampayan Menggatal, al-Hidayah Kuala Menggatal, an-Nur Kingfisher Kota Kinabalu, Madrasah Hadhanah Sembulan, al-Mukarramah Tg Batu Keramat Tawau, Nurul Mustaqim Lahad Datu, Ladang Tiger Tawau, Embara Budi Lahad Datu, Masjid Quba Tawau, al-Falah Tg Baru Darat Tawau, Elopura Sandakan, Taman Samudera Sandakan, Pusat al-Quran Bestari Kota Belud, as-Syakirin Bobot Kota Belud, at-Tarbiyah Pekan Kota Belud, Bestari Kundasang dan Bariawa Ulu Keningau.

%d bloggers like this: