Archive for 4 November 2012


Tahniah kepada seluruh pengurusan dan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pantai Barat Selatan yang merangkumi Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar di atas penganjuran Konvokesyen PASTI kali ke-22 tahun 2012 yang diadakan di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pagi tadi.

Saya teruja melihat dewan tempat majlis berlangsung berkenaan penuh sesak dengan kehadiran para murid dan ibu bapa serta keluarga masing-masing, sehingga sebahagian daripada tetamu terpaksa berdiri dan sekadar berlegar di luar dewan. Ini menunjukkan sokongan tidak berbelah ibu bapa dan masyarakat terhadap pendidikan pra sekolah berasaskan Islam.

Bahkan sesuatu yang menggembirakan juga bahawa terdapat beberapa murid bukan Islam dari PASTI Kg Lobou Sepanggar yang turut menerima anugerah kecemerlangan mereka di atas pentas dewan. Keseluruhan pelajar PASTI di Pantai Barat Selatan juga sentiasa melonjak daripada tahun ke tahun dengan pembukaan premis PASTI baru di pelbagai daerah seluruh Sabah.

Bagi kami suami isteri pula, konvensyen kali ini membawa anak kami yang ketiga naik ke pentas untuk menerima sijil tamat PASTI. Abdul Hadi bakal masuk darjah 1 tahun hadapan, mengiringi dua kakaknya tahun-tahun sebelum ini. Anak keempat kami Lu’lu’ Badriyyah pada tahun hadapan naik PASTI umur 5 tahun dan anak kelima Aina’ Salsabila insya Allah akan masuk untuk kelas PASTI umur 4 tahun.

Dalam serba serbi kelebihan dan kelemahan PASTI, kami masih konsisten menerima PASTI sebagai pilihan pra sekolah untuk anak-anak kami menimba ilmu pengetahuan. Terima kasih kepada guru-guru PASTI Nur Fathonah yang mengajar Abdul Hadi dan Lu’lu’ Badriyyah – Cikgu Hasmawati, Cikgu Mersum dan Cikgu Syarirah dan seluruh guru PASTI seluruh Pantai Barat Selatan.

Majlis Anugerah Cemerlang Pusat Pendidikan Islam an-Nur 2012

Tarikh : 13 November 2012 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Perdana Maktab Sabah, Kota Kinabalu

Perasmi : Ustaz Zainuddin Mahmud, Bahagian Pendidikan JHEAINS

%d bloggers like this: