Archive for 24 Oktober 2012


Untuk kesekian kalinya saya meraikan keberangkatan 40 siswa-siswi Sabah ke Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pagi semalam. Dari Kota Kinabalu ke KLIA mereka dipecahkan kepada tiga penerbangan dan kemudian berangkat serentak lewat malam menerusi Egypt Air terus ke Kaherah. Lebih manis misi kali ini apabila tujuh alumni Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah yang menjadi tempat saya berbakti kini turut dalam senarai rombongan.

Sering saya menasihati dan mengingatkan pelajar-pelajar saya, agar mereka menjadi manusia terpelajar yang lebih baik daripada kami para senior. Mempelajari sesuatu yang mungkin suatu masa dahulu kami terabai dan terleka tentangnya khususnya dalam bidang yang sama. Saya sudah tentu gembira sekali apabila suatu ketika nanti saya boleh bertanya dan merujuk kepada mereka akan sesuatu yang saya tidak tahu dan tidak fahami.

Seperti biasa, sokongan ibu bapa dan keluarga mereka ketika di LTAKK semalam (dan sebelum ini sudah tentunya) amatlah kita hargai. Kepada mereka  yang berangkat semalam Рyang akan membaca catatan ini di Mesir Рhargailah mereka yang berjasa kepada kalian terutama orang tua dan ahli keluarga, para guru dan tidak ketinggalan mereka yang pernah menyumbang bakti dari segenap segi.

Saya tidak dapat berlama-lama di LTAKK kerana ada urusan penting. Justeru saya tidak dapat menunggu sehingga detik keberangkatan. Ini sahajalah sebahagian detik kenangan sebelum semuanya berpisah buat sementara waktu. Semoga kalian dalam perlindungan Allah SWT, dipermudahkan urusan menuntut ilmu keranaNya, seterusnya balik berbakti kepada masyarakat masing-masing.

Khusus untuk lepasan Maahad, jagalah hafazan kalian, usahakan untuk mencari para masyaikh dan tasmik semula, manfaatkan kesempatan untuk menadah ilmu khususnya bertalaqqi qiraat semaksima mungkin. Kesempatan yang ada juga, dalami kunci ilmu iaitu Bahasa Arab. Bermuamalah dengan sebaik mungkin dengan rakan-rakan siswa-siswi Sabah, Malaysia dan rakan-rakan di kuliah.

Lembu kami perolehi dari Desa Cattle di Lok Kawi dengan harga RM10.70 sekilo. Ketika lembu ditempah, ia sudah seberat 383 kg dan dijangka naik dalam tempoh sehari dua ini sebelum bayaran dijelaskan. Seekor lagi lembu ditempah oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim yang juga berqurban sekeluarga setiap tahun dengan berat lembu 390 kg ketika ditempah.

Insya Allah majlis qurban dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Kinarut sama ada pada petang sabtu atau pagi ahad bergantung kepada kekosongan di lokasi. Saya mulai merasakan kemanisan ibadah qurban. Tidak mengapa kosnya lebih asalkan berpuas hati dengan daging qurban yang berisi dan mantap. Qurban kami disertai oleh Chef Abdullah Ahmad, Peguam Zakaria Ahmad, pegawai JAKIM Saiful Mukharram dan abang ipar saya Awang Samsul.

%d bloggers like this: