Saya menerima undangan awal sekitar sebulan lepas daripada sahabat karib saya Ustaz Mazlan Mulok agar mengisi satu slot dalam program Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar sekolah berkenaan yang diadakan pada sabtu sudah. Saya dimaklumkan program berkenaan bermula sejak petang jumaat melibatkan lebih 100 pelajar tingkatan 1-4.

Seperti pengalaman lepas, saya gembira sekali dan teruja dapat berkunjung ke lokasi yang pertama kali seperti ini. Berhadapan dengan para pelajar dengan tajuk bebas tapi berobjektifkan kesedaran terhadap kehidupan beragama untuk diri mereka dan keluarga terutamanya.

Saya mulakan dengan sebuah hadith panjang – iman, islam dan ihsan, serta beberapa muhasabah praktik agama seperti solat, menutup aurat dan sebagainya. Untuk muhasabah itu, cukup saya sarankan kepada rakan-rakan guru agama dan ibu bapa khasnya, bahawa tanggungjawab mereka amatlah berat. Saya sampaikan juga kepada mereka beberapa kisah-kisah manusia hebat lewat sejarah Islam untuk sama-sama diteladani.

Terima kasih Ustaz Mazlan atas undangannya. Begitu juga buat Ustaz Norazman dan guru-guru lainnya serta pelajar yang menikmati ceramah saya. Walhamdulillahi Rabbil ‘alamin.