Khatib : Tuan Haji Lamsin Anggali

Lokasi : Masjid Jamek Kg Ulu Putatan

Setiap daripada kalangan umat Islam mestilah menjaga lidahnya agar berkata dalam perkara yang baik dan mendatangkan manfaat sahaja. Berkata perkara yang sia-sia atau mengatakan perkara yang tidak diketahuinya adalah tanda kejahilan kerana Nabi SAW sudah memperingatkan umat dalam hadithnya :

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata-kata yang baik atau dia diam”.

Demikian juga dalam hal bisikan, ada perkara yang dibenarkan dan ada perkara yang dilarang sebagaimana firman Allah SWT :

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keridhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (an-Nisa : 114).