Sesudah kelas pengajian kami tamat beberapa bulan lalu, ada dua kali pertemuan majlis zikir diadakan. Dua minggu lalu dan semalam. Majlis zikir dua minggu sudah tidak dapat saya hadiri kerana berada di luar daerah. Alhamdulillah majlis zikir kali ini di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral selain dapat mengulangkaji zikir ruqyah secara jamaah, dapat juga bertemu dengan rakan-rakan yang jarang ditemui.

Selain majlis zikir dan solat hajat, satu taklimat disampaikan kepada kami oleh Ustaz Haji Muchlish dan Tuan Haji Pozi bagi persediaan menjelang majlis pengijazahan kumpulan pertama Darussyifa’ Sabah pada 14 Okt. akan datang. Sesi berfotografi, melengkapkan borang biodata peribadi serta yuran-yuran tertunggak dan kos konvo yang perlu dibayar. Perasaan bercampur baur menghadapi majlis pengijazahan ini antara debaran, syukur dan gembira.

Semoga detik indah itu akan menjelma.