Seorang pemuda muslim berumur 30 tahun datang dari Sepanggar bersama ibunya dalam sesi rawatan pengubatan Islam di Surau SK Putatan, malam tadi (jumaat malam sabtu). Badan tegap-tegap tetapi katanya badan selalu panas terutama selepas tidur. Kalau tidur pula selalu mengigau diikuti dengan suhu badan yang naik panas sejak 2 minggu kebelakangan. Belum lama beliau saya ruqyah, tiba-tiba saja dia tumbang. Setelah sedar kembali saya berbual dengannya :

Saya tanya : Bila kali terakhir tidur kemudian bangun badan panas?

Jawabnya : Tengahari tadi (jumaat).

Saya tanya : Kamu tidak solat jumaatkah? 

Jawabnya : Tidak.

Sesudah berlaku dialog, lelaki berkenaan sambil tunduk bersuara perlahan mengaku memang tidak sembahyang pun. Sebenarnya dalam situasi seumpama inilah dakwah dalam perubatan berlaku. Nasihat agar berubah, bertaubat dan kembali kepada fitrah seorang muslim setelah Allah SWT memberikannya rezeki yang baik, kesihatan yang bagus, kenapa masih tidak mahu kembali kepada Allah? Dalam tunduk dia mengaku kesilapan dan mengajak dia memulakan perubahan dengan mendirikan solat fardhu.