Archive for 29 September 2012


TENGAHARI JUMAAT YANG NYAMAN

Seorang pemuda muslim berumur 30 tahun datang dari Sepanggar bersama ibunya dalam sesi rawatan pengubatan Islam di Surau SK Putatan, malam tadi (jumaat malam sabtu). Badan tegap-tegap tetapi katanya badan selalu panas terutama selepas tidur. Kalau tidur pula selalu mengigau diikuti dengan suhu badan yang naik panas sejak 2 minggu kebelakangan. Belum lama beliau saya ruqyah, tiba-tiba saja dia tumbang. Setelah sedar kembali saya berbual dengannya :

Saya tanya : Bila kali terakhir tidur kemudian bangun badan panas?

Jawabnya : Tengahari tadi (jumaat).

Saya tanya : Kamu tidak solat jumaatkah? 

Jawabnya : Tidak.

Sesudah berlaku dialog, lelaki berkenaan sambil tunduk bersuara perlahan mengaku memang tidak sembahyang pun. Sebenarnya dalam situasi seumpama inilah dakwah dalam perubatan berlaku. Nasihat agar berubah, bertaubat dan kembali kepada fitrah seorang muslim setelah Allah SWT memberikannya rezeki yang baik, kesihatan yang bagus, kenapa masih tidak mahu kembali kepada Allah? Dalam tunduk dia mengaku kesilapan dan mengajak dia memulakan perubahan dengan mendirikan solat fardhu.

Pada 8 September 2012, berlangsung satu program mega ‘Ustaz Sayang Anda’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya. Majlis ini berkonsepkan “rumah terbuka”, khas dari para Ustaz sebagai tanda terima kasih kepada semua pencinta majlis ilmu yang berterusan menyokong setiap majlis ilmu. Program ini menggabungkan Ustaz-Ustaz yang dikenali dan diminati ramai juga. Semuanya berkongsi pengalaman di atas satu pentas.

Program bermula pada sebelah petang dengan penampilan Imam Muda Asyraf, Ustaz Badlishah dan Ustazah Norhafizah Musa dalam satu forum, diikuti solat maghrib berjamaah diimamkan oleh Sheikh Abdul Karim dari Masjid Negeri Shah Alam. Bacaan yasin dan doa dipimpin oleh Sheikh Abdul Karim dan Ustaz Don Daniyal sebelum solat isyak juga diimami oleh Sheikh Abdul Karim.

Sesi ceramah para ustaz diselang seli dengan persembahan artis dengan dihoskan oleh Man Raja Lawak dan Acong. Antara pendakwah yang tampil ialah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Syed Norhisham, Ustaz Zamri, Ustaz Don, Ustaz Haslin dan Ustaz Azhar Idrus. Penampilan para pendakwah pula lebih kepada bercerita pengalaman hidup mereka ketika belajar atau berdakwah. Sementara para artis antaranya Mawi, Akil Hayy, Hafiz Hamidon, Sham Kamikaze dan lain-lain.

Foto-foto dan maklumat diceduk dari pelbagai sumber antaranya :  http://waleedahyaya.blogspot.com/2012/09/ustaz-sayang-saya-omaigad.htmlhttp://senseiabil.blogspot.com/2012/09/program-usa-ustaz-sayang-anda.htmlhttp://suraukini.blogspot.com/2012/09/sebahagian-rakaman-di-program-ustaz.html,  Mohamadazhan.com dan lain-lain.

%d bloggers like this: