Foto Kursus Haji Perdana 2012 di Masjid Negeri Sabah pada awal September lalu.
……………………………………………………………………
Panggilan haji telah tiba lagi…
Setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang terpilih sebagai tetamu Allah SWT tahun ini, menunaikan rukun Islam ke-5. Tiada lain doa dan harapan semoga semuanya dapat menunaikan segala ibadah dengan terbaik, selamat pergi dan kembali dengan membawa haji yang mabrur dan sesudahnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
Sempena keberangkatan rombongan jamaah haji Sabah yang pertama, malam tadi saya diundang menghadiri kenduri di rumah warga JHEAINS Ahmad Haji Yassin yang juga jurufoto yang sudah lama berkhidmat di Kg Muhibbah Petagas. Alhamdulillah beliau berangkat ke tanah suci bersama isteri yang dikasihi Puan Rajinah.
Penerbangan pertama jamaah haji Sabah telah pun bertolak jam 4.45 petang tadi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu membawa 357 bakal haji terus ke Madinah al-Munawwarah yang memakan masa selama 11 jam 45 minit. Hadir mengucapkan selamat jalan ialah TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah dan beberapa tetamu lain. Penerbangan lain dijangka berlepas pada 8 Oktober 2012.