Mulai hari ini 24 Sept. Â sehingga 3 Oktober 2012 semua siswa siswi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah menduduki peperiksaan semester 1, 3 dan 5. Di maahad kami ketika ini mempunyai 40 orang siswa siswi yang sedang giat menghafaz al-Quran menurut sukatan masing-masing. Semester satu dengan hafazan 5 juz, semester 3 dengan 15 juz dan semester 5 dengan 27 juz.
Peperiksaan ini berjalan dibawah kendalian Darul Quran JAKIM dan disertai serentak oleh maahad-maahad tahfiz seluruh negara yang mengikuti sistem pengajian diploma yang dianjurkan oleh JAKIM. Terdahulu pada 19 dan 20 Sept. lepas diadakan ujian lisan al-Quran dan al-Qiraat yang mumtahin (penguji) didatangkan khas dari Darul Quran. Sebagai persediaan peperiksaan bertulis semester, maahad telah mengadakan ujian percubaan pada khamis dan jumaat lepas. Doakan anak didik kami mendapat kejayaan dalam semua peperiksaan subjek yang mereka sertai.